From Cairo with love: Dialog Ana & Enti
Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ =) Di satu malam yang hening di Malaysia, ada seorang ukhti sedang me-mesej sahabatnya di Cairo~
![]() |
[Apresiasi] Belajar erti SABAR |
Dimulakan dengan lafaz memuji nama Allah...
Ukhti 1: Ukhti, ana selalu ada masalah hati, kenapa ye?
Ukhti 2: Enti ada masalah hati yang macam mana? Antara hati enti dengan seorang ukhti, atau antara hati enti dgn seorg akhi, atau hati sahaja tanpa melibatkan sesiapa ? =)
Ukhti 1: Entahlah ukhti, ujian hati dirasakan bertubi-tubi menghentam diri. Hati telah terlanjur mengkagumi seorang muslimin yang dirasakan memang sangat tidak mungkin menjadi milik diri. kesannya, diri sendiri yang merana, menanggung beban perasaan.
Ukhti 2: Subhanallah, syukrulillah! Sebenarnya satu nikmat bila kita jumpa dan terkesan dengan qudwah dari orang-orang yang soleh/solehah =) Setuju. Memang susah nak lupakan, sebab nak ditakdirkan jumpa dengan rajulun soleh juga bukan mudah. Sekali kita tertarik dengan qudwahnya, bagaikan satu anugerah dari Allah , kan =)
Bagus bila enti ingatkan yang kita perlu YAKIN yang Allah sedang aturkan seseorang yang jauh lebih baik dan serasi. Dan Insha-Allah kita YAKINI juga yang Allah hendak melatih kita SABAR...
Perasaan cinta yang menyinggah di hati,atas anugerah ALLAH, dan bila dapati dia bersama dengan orang lain, juga atas iradah ALLAH. Dan bila kita terasa kecewa, juga satu didikan dari ALLAH.
'Sabar', memang mahal enti. Sabar, bukan sekadar untuk musibah, dalam nikmat pun kena sabar. Sebab tu Allah ungkapkan dalam Al-Quran yang 'fasabrun jamil - sabar itu cantik'. Sebab nak mendidik hati sabar, bukan mudah.
Kita sama-sama, percaya, ini sebagai satu tarbiyyah dari Allah, mengajar kita erti Sabar. Sama-sama kita yakin, ni satu persediaan sebelum kita membina baitul-muslim yang kita dambakan.
Definasi baitul-muslim sendiri, bukan sekadar mukminah solehah berkahwin dengan rajulun soleh. Tapi, baitul muslim betul2 terdiri bila kita mengurus diri dan pasangan, keluarga dengan biah/suasana islamiyyah. Dan dalam kita nak URUS juga, bukan perkara mudah. Sebab kita berurusan dengan suami yang berperasaan/emosi, anak-anak yang juga punya emosi.. semua perkara ni menuntut jiwa isteri, ibu, wanita yang kental..
Contohnya, katakan, ALLAH nak uji kita suami-isteri dan nak tengok kesungguhan kita bina baitul muslim, maka Allah datangkan orang2 pendengki di dalam cinta kita dan suami. Tak boleh tidak, kita perlu tangani parasit pendengki dengan sabar kan. Nak didik anak-anak di era yang mencabar hari ni, juga memerlukan bekalan sabar kan.
Ini didikan istemewa dari Allah, enti =) sama ada kita sabar merelakan dia pergi dari bermain di hati, juga sama ada kita sabar menunggu tibanya janji Ilahi.
Janji-Nya, akan hadir rajulun soleh dalam kehidupan kita ♥ di saat Allah tahu, kita memang dah siap sedia jiwa raga membina baitul muslim dan bidadari istimewa buat si 'dia'.
Allahu-akbar... tarbiyyah Allah memang sangat halus. Sangat halus.
Ukhti 1: Ana selalu diuji dengan soal hati begini; nampak luaran je ana gembira tapi dalaman? hmmm, Allah benar-benar hendak menguji diri ana. Terima kasih enti sebab bagi motivation dekat ana. =')
Ukhti 2: Insha-Allah, my shoulder is to be lean on ;) we keep on helping each other in goods and taqwa ea. Siiru 'ala barakatillah, enti -burulah keberkatan Ilahi- Semoga dalam pemburuan cinta Ilahi, ditakdirkan bertemu cinta sejati. Yakini iradah Allah =)
Ukhti 1: Insha-Allah ana sedang upgrade cinta kepada DIA dulu, Insya-Allah akan datang yang terbaik untuk ana~ =)
Ukhti 2: Insha-Allah :) biidznillah, moga ketemu yg terbaik. Insha-Allah enti. Take care tau ♥
احفظ اللّه يحفظك =)
p/s: ukhuwah itu indah, walau jauh di mata tapi dekat di hati, kadang-kadang meminta pandangan daripada mereka akan membuatkan hati lebih tenang dan menerima takdir~ =)
p/s/s: adik2 lepasan SPM yang mana teringin nak apply untuk menjadi bakal cikgu seperti tuan dokter; boleh lah rujuk link ni ye and buat permohonan. Kerja cikgu ni mulia, adik2~ =)
p/s/s: adik2 lepasan SPM yang mana teringin nak apply untuk menjadi bakal cikgu seperti tuan dokter; boleh lah rujuk link ni ye and buat permohonan. Kerja cikgu ni mulia, adik2~ =)
24 comments
Allahu alim. Jazakh Allahu Khair Dr Cinta :')
ReplyDeletesubhanaLLah..;)
ReplyDelete@khairunnisa ♥
ReplyDeleteianya peringatan yang maha halus dari yang Maha Esa~
especially buat diri ini...
@hanim irsyada
ReplyDeletekak haaaaaaaaanimmmm~ =DD
*terkejut
nice entry..
ReplyDeletehuhu
@mye
ReplyDeletesyukran! =)
salam,.seakan kite mngalami perasaan yg sama,.tp hati cube brtahan sbb xyakin untuk kehadapan,.jd,CN ddik hati ni mnju keredhaan dn keberkatan dlu brulah yakin dgn persaan hati sndri,.insyallah,Allah bersma dgn org2 yg SABAR,.
ReplyDeletesalam dr,
ReplyDeletenak tahu blh cara nak letak lagu (klik 'play') dlm suatu entri ni?
bkn letak di blog, tp letak dlm artikel.
@HATYCIKNUURUL
ReplyDeletedidik diri utk menerima ketentuan dari-Nya; mncipta SABAR bukan mudah, tapi mencuba itu perlu untuk membina diri yg lebih maju~ =)
@Ariffah9
ReplyDeletewaalaikumslm~ =)
http://babybiey.blogspot.com/2010/07/tutorial-pasang-lagu-dalam-entry.html
ini link dye
salam..syukran :)
ReplyDeletehati ini juga berada dalam kondisi yang sama...sukar utk melawan..namun insyaAllah...SABAR itu InDAH kan? perlu renovate aty nieyh..hnssh2~ ^^
mohon share =)
ReplyDeletemohon share =)
ReplyDelete@fnatasha.hafizi
ReplyDeletejom renovate hati! =') hanya derita yg dapat adore someone yang kita tahu tak difatedkan untuk kita T___T
@whiteroses91
ReplyDeleteokey~ =)
subhanallah.
ReplyDelete*bagaikan batu menghempap kepala*. sakit* hehehe
terima kasih, berkesan di hati.
(=
@Izzati Hashim
ReplyDeletesama-sama, motivasi yang ini terutamanya untuk diri yang sangat payah sekali untuk mengerti huk3 =)
allahu rabbi..halus ddikan allah wat kter...
ReplyDeleteentry yg mnarik...
@Anonymous
ReplyDeletesyukran, all praises to HIM~ =) tarbiya dari Allah datang dalam pelbagai cara =')
salam alayk ukhti :')
ReplyDeleteright on time, Allah gerakkan hati untuk membuka pautan link ke post ukhti di sini.MashaAllah!
Allah ingin menegur :') rasa macam tertampar berkali2 ke muka sendiri..sungguh tidak sedar diri ini masih disayangi olehNya..
astaghfirullah..
syukran fillah :')
may Allah grant you with His blessing and goodness :')
assalammualaikum
ReplyDeletedekat di hati:-)..
@Qauthar
ReplyDeletewaalaikumsalam, syukran & insyaallah :)
@NooR AzLen BinTi HaRoN
ReplyDeletewaalaikumsalam, syukran =)
alhamdulillah..sgt2 terkesan pd saya hingga hmpir menitiskan air mata kerana 'mengagumi dia dr jauh' berlaku pada saya 3 thn yg lepas hgga sekarang. rupanya Allah nk didk saya bersabar dlm cara yg halus..susahnyer kak nk sabarkn hati
ReplyDeleteYour comment?