Pengalaman bersalin di Hospital Islam az-Zahrah, (HIAZ) Bangi
Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers.
(Ini entry dah lama dalam draft, jadinya aku edit untuk rujukan siapa siapa yang berminat nak bersalin di HIAZ)
Aku nak cerita tentang pengalaman bersalin dekat Hospital Islam az-Zahrah (HIAZ), Bangi. Entry ni untuk bakal-bakal ummi, yang tengah tunggu hari, yang tengah survey lagi nak bersalin dekat mana ke, kan. For muslimah esp. Memang dah jadi idaman semua perempuan muslimah, masa bersalin tu, nak kan environment yang selesa, semua staff dari awal check sampai lah ke labour room tu perempuan, doktor yang sambut baby pun nak jugak doktor perempuan.
Alhamdulillah, berpeluang bersalin dekat HIAZ, Bangi ni. Environment dia islamik, so aku suka. Aku start check up dekat HIAZ ni masa pregnancy dah masuk 7 bulan. Dari awal pregnant sampai 6 bulan lebih, aku still check dekat Klinik Kesihatan (KK). Bila dah masuk 7 months, terus survey hospital mana nak deliver nanti. Dalam list, HIAZ dengan an-Nur je, since dedua hospital ni pun memang dekat je dengan rumah.
Adam Khalyf bin Azrul Izzat |
Masa memula daftar tu dia akan tanya kita nak doktor mana. Dekat HIAZ ni ada 3 doktor perempuan yang incharge bahagian O&G. Sebelum pergi daftar ni aku dah google dulu pengalaman orang lain yang pernah bersalin dekat sini and doktor mana yang jadi pilihan ramai. Aku pun pilih la Dr. Mashita, as aku google, orang cakap Dr. Mashita ni memang ramai orang pilih and memang terbaik.
So far, memang memuaskan lah dekat sini. Syarat untuk bersalin dekat sini, kena check up dengan doktor yang kita pilih tu at least 2 kali. Doktor yang check kita ni lah yang akan sambut baby kita masa bersalin nanti. Best kan. So dia memang dah tahu keadaan kita dan baby kita overall. Dekat sini, ada pakej bersalin dia, pakej dia dalam RM 1688 ++ (Pakej Ummi) Plus plus tu tak termasuk dengan induce, vacum, GST (for doctors) dan lain-lain. Siapa yang interested boleh rujuk dekat sini. KLIK.
Masa masuk 35 minggu 5 hari, aku kena warded. Asalnya sebab tekanan darah naik tinggi daripada biasa. Ingat kan nak bersalin dah taw, sebab perut aku sakit sangat masa tu tapi false alarm rupanya. Ye lah, first time mengandung, tak tahu sakit contraction tu macam mana. :'D Tapi doctors kat sini tak terima kes bersalin premature taw. Dr. Mashita awal awal cakap, in case aku ada kes baby prem ke, kena cser ke, dia akan rujuk terus ke government hospital yakni Hospital Serdang, hospital yang terdekat lah.
Kalau tiba-tiba kena cser, cth kes emergency kat sini dalam 8k ke atas kalau tak silap. Tapi kalau dah awal awal tahu yang bakal di cser kan dia akan bagi kita pilihan sama ada still di HIAZ atau hantar pergi kerajaan je.
Masa dah masuk 37 week, 27 Mei 2015, hari Rabu, pagi. Bangun tidur macam biasa, tapi bila tengok dekat katil, ya rabbi dah bleeding rupanya. Cepat cepat bersiap pergi hospital. Kali ke dua pergi ni takdelah gelabah, memang relax, smooth je. Kalau hari tu bersalin pun dah tak kisah dah, sebab plan asal aku akan masuk ward hari Jumaat tengah malam. Induce lah cerita dia. Terawal 2 hari pulak masuk ward, lepastu tunggu sekejap sebab katanya katil penuh. Tengah hari macam tu aku warded. So nurse pun terus call Dr. Masyita tu tanya boleh ke kalau nak bersalin hari tu. Dr pun kata, okay boleh. Terus induce (sebab tekanan darah aku mmg tinggi last last pregnant ni). Masa dekat ward, nurse datang dia kata, okay siap sedia ye lepas Zohor kita ke labour room. Nurse pesan makan kenyang kenyang bagi tenaga, solat zohor dulu. Nervous habis dah aku masa tu. Tapi masa ni aku belum rasa contraction lagi.
Dalam pukul 3 macam tu aku pun diusung pergi ke labour room. Nervous weyy. Masa tu pulak ramai yang bersalin. Ada yang kena emergency caesar, bersalin normal tapi tak kuat nak push so pakai vacuum, orang bilik sebelah terjerit jerit masa bersalin (hailaaa mana tak cuak). Husband pun memang teman dari awal masuk labour room lagi. Sempat lah makan kurma dan minum air last tu. Aku pulak masa tu tetibe nak air teh o ais haha. Karang masa berpantang dah tak boleh ais dah, tapi dah tak sempat pun sebab dah nak terbersalin dah :'D Husband aku distract lah cerita macam macam tapi kesian sebab aku tak layan dek sakitnya lahaii.
Orang kata induce ni laagi sakit, tapi entah aku mana pernah rasa, so pada aku sama je lah, cuma sakit dia tu berterusan. Bayangkan dari pukul 4 macamtu sampai ke pukul 8 bertarung dengan sakit :') Takpe masa dalam labour room tu, nurse nurse tu akan guide macam mana proses bersalin tu berlaku (macam mana nak meneran ke ape nanti diorang ajar.) Serious aku memang suka layanan yg sangat friendly dekat sini. Aku target lepas ni kalau next next baby pun dekat sini insyaAllah.
Lebih kurang dalam 4,5 jam bertarung dalam labour room tu, alhamdulillah Adam pun keluar menjenguk dunia :') Masa ni moment paling berharga buat aku. Aku dengar Adam menangis, terus tak sakit dah lepas tu. Terus tengok husband menangis terharu dekat sebelah, tu lah aku rasa makin cintanyaa aku pada suami. Terima kasih abang temankan! :) Masa jahit ni orang kata sakit, mungkin sebab tak bius, jadi dekat sini alhamdulillah ada bius. Aku rasa macam dr tengah jahit baju hah macam tu lah rasa dia. Apa-apa kan bakal bakal ibu jangan nervous, kita memang dilahirkan kuat untuk semua ni. :)
7 comments
Assalamualaikum akak , tolong email kepada saya di alamat email (erieyna03@gmail.com) . Saya ada beberapa soalan nak tanya akak la tentang bersalin di HIAZ . Saya harap akak sudi . Terima kasih :)
ReplyDeleteSalam sis...boleh tau knape sis pilih HIAZ?x pilih AN NUR?tq
ReplyDeleteSalam sis...boleh sy tau kenapa sis pilih bersalin di HIAZ?bukan AN NUR...
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian.. sangat bermanfaat. saya antara nak memilih An-Nur atau Az-Zahrah. ada yg kata rate cesarean kt Az-Zahrah ni tinggi.. so emm, survey2 lagi.. :)
ReplyDeletewww.duitgeli2darirumah.com
Salam sis boleh email sy tak (nurhaniq@gmail.com) . Sebab sy ada beberapa soalan nak tanya. Terima kasih :)
ReplyDeleteLepas bersalin kena jahit? Maknanya masa nak teran atau sebelum baby keluar , awal2 dah kena potong dulu?
ReplyDeletewow berapa lama tak bukak komen belog
ReplyDeleteYour comment?