Kalau tak malu, buatlah apa yang kamu suka
Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) *Lama tak jenguk belog, rindu
Pernah rasa suka dekat someone? Pernah adore someone tu gile-gile punye? Lepas tu korang rancang cemana nak tackle dia kan? yang penting no phone dia mesti ada dalam simpanan, mesti ada dalam friendlist, whatsapp wechat tahape lagi semua wajib ada. Lepastu buat buat tanya soalan bab-bab agama ke, tanya apa apa je lah, first move. lepas tu korang ke step seterusnya.
yes I know, aku sebagai seorang perempuan, pada pandangan aku, lelaki yang agak dipandang ni;
- dia tu dalam barisan kepimpinan –yang dilihat boleh memimpin,
- lepastu stok stok budak masjid/surau atau budak course agama,
- ataupun yang ada rupa, sedap mata memandang.
Dalam musim-musim trend orang berhijrah sana sini (trend? kalau ada masa insyaAllah nak tulis nanti) mulalah kita pun mencari golongan golongan ‘ustaz’ atau mereka yang dilihat ‘alim sikit. Kononnya nak tanya soalan-soalan berkaitan agama.
Perempuan sekarang terlalu berani, I guess. Terlalu berani in expressing their feelings dengan cara yang salah. zaman semua benda nak naik ni, maruah diri jangan nak rendah pulak :/ mencabar ni kalau jadi lelaki. Terlalu banyak pendedahan aurat sana sini, yang cantik bertutup pulak cabaran tang lain pulak, tak tahu apa dekat inbox facebook dia, whatsapp dia, bagi apa, gambar apa. Seriously, kita akan diuji ketika kita bersendirian.
Tiba-tiba aku teringat satu hadis tentang sifat malu yang Rasulullah SAW pesan;
'Apabila kamu tidak malu, maka buatlah apa yang kamu suka' (Riwayat Imam Bukhari)
Ustazah aku masa sekolah dulu selalu ulang benda ni sampai sekarang aku ingat, nama dia Ustazah Aziah.
Aku sedih bila dapat tahu geng geng tudung labuh, berpurdah and so on sangat berani share gambar gambar yang terlalu peribadi yang tak perlu share dengan sesiapa pun. Ya, jangan disalahkan tudung labuh dan purdah itu, seharusnya akhlak tu yang harus diperbetulkan. Sekarang agak hot issue niqabis upload gambar dekat social network.
Entahlah.
Kalau rasa apa yang kita buat tu boleh menambahkan iman, teruskanlah. tapi kalau rasa macam benda tu mengurangkan iman, takpayahlah. Menjadi muslimah yg sebetul betul muslimah, terlalu hebat cabarannya, dan solehah tu bukan kita dapat nilai dari tweet-tweet Islamik dia, atau status-status agama dia. Sebaliknya, apa yang dia buat untuk kekal menjaga dirinya, maruah dirinya, dan berusaha untuk melakukan sesuatu yang terbaik buat diri dia sendiri. Jom lah kita ambik sifat berani tu kita gunakan dalam jalan dakwah, untuk Islam.
So, muslimat, jaga diri, jaga iman. Allah sayang kamu. :') nah ni untuk muslimat kat luar sana, sorry semua doodle lama, sekarang sangat jarang mendoodle :')
saya berhak menjadi muslimah yang lebih baik. jom! |
By the way, insyaAllah dalam esok lusa, saya akan update printed hijab bidang 60. haa super labuh, tak payah gosok lagi. so it's limited, tunggu saya update dekat my page Dr.CintaPunyeBelog.
Waallahu'alam.
20 comments
assalam.. u ambik kedoktoran ye ?. nice to know u here ... anyway nice entry. keep it up !
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletedah lama akak tak update blog. thanks atas post nie. byk memberi kesan kpd saya. btw header akak cantiklah.
ReplyDelete@Anis Hayati alhamdulillah thank you for waitingg ^^ baru berkesempatan nak update ^^
ReplyDelete@AkmalAmira nope, i'm a teacher to be insyaAllah ^^
ReplyDeleteMasa merayau-rayau..terjumpa anda...
ReplyDeletesaya memerlukan rawatan...apa kata saya jadi patient anda ?
Jazakillah untuk peringatan yang membina.. ^_^
ReplyDeleteJazakillah untuk peringatan yang membina.. ^_^
ReplyDeleteSaya pon mahu menjadi muslimah yang lebih baik insyaAllah
ReplyDeletesy pun ingin menjadi muslimah yg solehah tp sy sering diganggu bekas teman lelaki disebabkan kisah silam saya
ReplyDeleteadakh slh kalau kwn2 rmai yg mnybut "jdoh kau pasti dgn die nie" ?? dsbbkn byk kjdian yg brlku ntra sy dn lelaki trsbut yg mmbuatkn kwn2 kata sebegitu?? mhon pnjlsn kkak. :)
ReplyDeleteagak2nye camne persepsi lelaki beriman trhdp prmpuan yg nak try tackle dye dgn cara seolah-olah ingin bertanya soal agama???mohon penjelasan
ReplyDelete@dr. bismuth amethyst persepsi tu bergantung kpd iman masing-masing. kalau dia bijak detect dia tak kan pergi jauh. lelaki tetap lelaki. apa yg membezakan ialah iman dan taqwa masing masing dlm menepis godaan dan dugaan :)
ReplyDelete@Dian Wahida jodoh adalah rahsia Allah kan. even bertembung selalu or tersama ke, or ada persamaan ke, itu adalah kebetulan. kejadian-kejadian macam tu adalah tak disengajakan dan for sure Allah yg mengetahui segala-galanya. :)
ReplyDelete@virus sakio lupakan masa silam dan ex tu. dia takde hak nak mengganggu kemajuan masa depan kita kan dear :) ingat Allah di masa sekarang dan hadapan kita and dont ever look back. padamkan segala gala kenangan dgn ex tu :) InsyaAllah Dia bantu :)
ReplyDelete@Nurramizah fadzil InsyaAllah :)
ReplyDelete@Miss Curious SYukran ;)
ReplyDeleteTerjuampaaa blog ni. Btw nice entry thank u sesangat.
ReplyDeleteSubhanallah.. pndpt y mbina.. keep its up sis.
ReplyDeleteJomsgah blog ros. Rosmalizacabei@blogspot.com
hmm..mencabar kak...
ReplyDeletebtw lawa blog akak.. ajar?? hehe
Your comment?