39 : 38
Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers.
lewat-lewat hari yang berlalu;
ketika aku mencari buku-buku di perpustakaan tapi tak aku temui
ketika aku bersolat namun maknanya tidak meresap di dalam hati
ketika aku bergaul bersama teman-teman tapi ukhuwah tak terasa
ketika aku melaksanakan tugasan namun keikhlasan tidak muncul ketika
kesibukan menyapa tak berhenti-henti sehingga amal ibadatku sedikit terganggu
ketika hati sedang menahan diri untuk tidak merungut atas pelbagai ujian
ketika mulut asyik mengomel tak cukup masa itu dan ini
ketika malam-malam ditemani dengan air mata untuk meraih kekuatan
ketika jasad merasai kesunyian dalam ramainya orang
aku menemui satu keindahan bila hidup bertemankan Tuhan.
ada sesetengah bahasa hanya difahami oleh orang yang memahaminya. ada sesetengah rasa hanya mampu difahami oleh mereka yang pernah mengalaminya. ada sesetengah hati mampu memahami walaupun dalam kesunyian. dan masa makin laju dan laju, pergi meninggalkan kita. meninggalkan kita dalam kebisuan.
dari jauh sudut hati kita, sebenarnya kita lebih menyukai kesunyian. Kita lebih tenang dalam penderitaan, kita lebih suka dengan masalah-masalah yang mendatang. sebab apa?
sebab waktu itu kita baru sedar, solat-solat kita makin khusyuk. maknanya seperti meresap ke dalam hati kita. seolah-olah kita memang berbicara dengan Allah. dan saat kita berada macam dah nyawa-nyawa ikan, masa tu kita serahkan pergantungan bulat-bulat kepada Allah.
iman kita naik turun, hati pula berbolak balik. kena rajin minta dengan Allah agar diberi kekuatan dalam istiqamah.
/////
‘Hm, lepas tu macam mana nak survive lepas ni?’
‘InsyaAllah, ramai sahabat. Allah bantu. Cuma nak bagi taw, kita ni tak ada apa-apa. kekuatan doa yang diperlukan’
‘InsyaAllah :’)’
‘Jangan pernah bersangka buruk dengan Allah. Tahan diri, jangan merungut.’
/////
/////
seakan satu peringatan setiap kali ujian datang menjenguk. still boleh berfikir positive. banyak benda yang membuatkan aku terkagum. Dan aku yang jenis tak sabar ni akhirnya rasa terdidik dengan rasa positif tu.
Hilangnya sesuatu akan diganti kembali. Sepatutnya kita bersyukur hanya hilang harta, kerana kita masih tidak hilang Allah wa Rasulullah. :’)
Katakanlah, "Cukuplah Allah bagiku. Kepada-Nyalah orang-orang yang bertawakal berserah diri"(az-Zumar 39:38)
rupa-rupanya ujian-ujian kesedihan, musibah lebih membawa kita dekat dengan Tuhan. terkadang bicara-Nya lebih mudah difahami berbanding ketika kita dilimpahkan nikmat. 'Masa sedih ingat Allah, masa senang, WAJIB juga ingat Allah' tapi mostly kita lupa dan lupa kepada Dia bila kita gembira. Gembira juga satu ujian.
Dan walau apa jua keadaan dan situasi yang berlaku pun, aku lebih suka mengingatkan pada diri agar tetap tersenyum sebab ribut taufan bukan selamanya, sebab selepas itu aku percaya akan datang pelangi.
Dan dalam kebimbangan, selitkan keyakinan bahawa Allah itu kan Maha Mendengar? kita punya Allah dan itulah kekuatan kita.
satu penguat, sebenarnya |
26 comments
slm wah indah sggh baiit2 di atas.sj nk share.saya tertekan dgn kerja di ofce sbb dpt bos baru yg terlalu klm-kabut+pelupa+suka push2.semua ofcemate jd rimas dgnnya.
ReplyDeletesmpi satu tahap tertekan sgt,ms solat di surau ofce pun saya x khusyuk.akhirnya saya ltk jwtn,sbb tkt nnt saya byk merungut ttg sikapnya,nnt dosa saya bertambah.solat pula sllu klm kbt sbb bos x suka staff hbskan ms lm dlm surau.
bg saya rzki Allah terbentang luas ^^
ya...saya sukakan masa ditimpa ujian itu lebih dari masa2 yang lain,...kerana masa itulah saya lebih banyak berbicara dengan Allah...menimbulkan rindu yang kuat setiap kali menanti waktu solat...
ReplyDeleteInsyaAllah. Allah tak pernah memberi sesuatu kepada kita tanpa ada hikmah di sebaliknya.
ReplyDeletesebak rasa nya.. :'( speechless
ReplyDeleteerm. tapi kita yang bernama manusia nie memang tak sah kalau tak merungut kan. tapi, alhamdulillah. masih cuba didik diri supaya tak cepat merungut. accept all the ujian yang datang. kalau tak de ujian, manusia tak tahu nnti apa itu rasa bersyukur. waallahualam~
ReplyDelete@||Sis aLeaSaRa||
ReplyDeletemasalah itu datang kadang2 sebagai penenang kita di kemudian hari ^^ insyaAllah
@Sunah Sakura hakikatnya kita mengingati Allah pada masa kita susah je sobs. masa senang lupa :(
ReplyDelete@ammelia yusoff true :')
ReplyDelete@D Yatie :')
ReplyDelete@asliner tu lah, tahan diri utk tak merungut banyak sgt. jadikan diri tergolong dalam orang yg bersyukur ^^ insyaAllah
ReplyDeletesokong sgt2.kdg2 ble da happy sgt,Allah pun dilupakan.btw,dr,mcmana nk hlgkn rS jeles kt org.bnci sgt rS 2,tp dy slalu dtg:(
ReplyDeletesalam, kak
ReplyDeletedh lme saya tunggu entri dr akak
thanks utk entri nie :))
skang nie bukan stakat sediakan payung sblm hujan...sediakan la jugak sampan kot mana tau tak jumpa pelangi selepas taufan..kan
ReplyDeletethanks.
ReplyDeleteini resap habis dalam hati.
jangan berhenti, kak farah!!
semoga Allah memberkati
cuma bisa bilang speechless :'(
ReplyDeletebetul..kadang2 doa2 dr insan tersayang mcm ibu ayah,family shbt2 sgt memberi kekuatan kpd kite..walaupun zahirnya tak nmpk..tp secara batinnya dpt dirasai~
ReplyDelete@stellastar
ReplyDeletesetiap org Allah bgi kelebihan kan, didik hati memang perlukan pengorbanan sbb kadang2 ada campur tangan syaitan. :') so kena kuatkan hati and pesan pada diri, setiap kali bertembung sifat mazmumah, katakan 'menangkan iman, kalahkan syaitan' tu yg selalu sy buat and alhamdulillah, berkesan :)
@Anis Hayati
ReplyDeleteauww thanks for waitin dear, insyaAllah if akak free will write more :')
@jaga hati insyaAllah true ;)
ReplyDelete@libra. Amin Amin insyaAllah ^^
ReplyDelete@Angga Zulika Ramadhani :')
ReplyDelete@Nur Zulaikha betul, tu lah kekuatan rohaniyah :)
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeleteSinggah sini....
Salam wbt dik Farah.. Semoga sentiasa dlm jagaan Allah SWT=) Dah lama akak tak drop komen kat entri awk.. Actually, awal bln lps akak ditimpa musibah yg tak disangka.. Otw blk umah dr tmpt kerja kete akak kena pecah & beg kena ragut.. Masa tu mmg akak terkejut, panik & tak tahu nak buat apa.. Yg cuma keluar dibibir akak hanya Allah & mak je masa tu.. Trauma tu mmg ada tapi bila fikir balik life must go on so akak drive kete blk next week pegi kerja.. Ada sbb sebenarnya musibah yg menimpa akak tp alhamdulillah nyawa akak masih selamat.. Akak percaya musibah yg berlaku sbb Allah sygkan akak, nak uji akak.. N alhamdulillah, dlm masa singkat Allah dah ganti blk brg2 akak yg hilang+gaji bln tu ditambah dgn bonus.. Mmg akak bersyukur sgt sbb bila ditimpa kesusahan Allah ada disisi akak & bila akak diberi kesenangan Allah juga yg menemani akak=)
ReplyDeleteSubhanallah, indeed! :'(
ReplyDeleteAku selalu yakin akan pertolongan Allah. Aku menjalani LDR dengan orang Hungary, awalnya berbeda agama, namun sekarang dia telah ikut bersamaku memeluk ISLAM :) Subhanallah...
ReplyDeletehttp://realstoryldr.blogspot.com
Your comment?