Tempat yang sukar untuk menjadi manusia
Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)
*sapu-sapu sawang dekat belog.
Nuura kembali ke sekolah selepas lapan hari pertempuran merentasi sempadan Israel dan kumpulan militan Hamas Palestin, yang mengawal daerah pantai. Hari pertama mereka kembali ke sekolah, hanya dihabiskan dengan menceritakan pengalaman masing-masing semasa pertempuran.
‘kami tak dengar bunyi jet planes, tapi tiba-tiba akan terdengar letupan yang dahsyat. Warships (baca kapal perang) asyik mengebom’
‘ibu dan kakak saya ketakutan, abang saya telah syahid. Adik-adik kecil saya yang lain asyik menangis. Tidak, semua anak kecil menangis di mana-mana. Kami ketakutan. Bekalan elektrik terputus. Malam yang tragik’
‘malam yang sangat tragik, dipenuhi dengan pemandangan yang berdarah di sana sini. Setiap saat ada saje letupan di mana-mana’
‘Israel telah memberitahu bahawa semua jenis komunikasi akan diputuskan, tiada internet, tiada panggilan telefon atau apa jua cara untuk communicate dengan dunia luar’
Nuura melihat tempat duduk sahabatnya disebelah ‘dan sahabat tersayang saya tidak akan datang lagi ke sekolah selama-lamanya. Dia telah mempunyai tempat yang istimewa di syurga.’ Ada getar dalam suaranya.
al-fatihah untuk sarah ad-dalu |
Dia merasakan sukar untuk menjadi manusia di tanah air sendiri. Tidak bebas bermain, tidak bebas berkata-kata, malah semua harta bendanya dimusnahkan. Bunyi-bunyi bom saban hari bagaikan menjadi santapan harian. Bilangan yang syahid pasti ada setiap hari. senjata-senjata yahudi laknat menjadi tatapan setiap kali dia hendak ke sekolah. Dia masih kecil tapi dia mengerti apa erti syahid. Dia mengerti nilai sebuah perjuangan. Dia cuma inginkan kedamaian di tempat lahirnya sendiri.
'Oh dunia, adakah kalian mendengar suara hati kami? Kami cuma mahukan doa yang tidak putus-putus dari kalian'
Kalau aku menjadi muallimnya, pasti sangat sebak saat bertanya ke mana sahabat-sahabat yang tidak hadir pada hari ini. jawapannya tentu syahid, satu jawapan yang tak mungkin aku dengar di bumi Malaysia. kalau aku jadi muallimnya, pasti aku sangat bangga kerana punya anak murid berjiwa hebat sepertinya yang bercita-cita untuk syahid.
Pernah suatu ketika seorang daripada aktivis Aqsa Syarif yang telah pergi ke Gaza dalam misi A2G bertanya kepada salah seorang warga di sana, setelah kagum melihat semangat kanak-kanak dan remaja mereka menghafaz Al Quran.
'Mengapa mereka begitu semangat menghafaz Al Quran?'
'Kerana syarat untuk menyertai Briged Al Qassam ialah hafiz 30 juzuk, anak-anak ini berlumba-lumba ingin menyertai mereka dan syahid'
Subhanallah, itu motivasi mereka. tarbiyah bumi Gaza itu sendiri membentuk peribadi-peribadi yang cekal dan berjiwa besar. :') Allah, Allah, matlamat tahap tertinggi, syahid! ketika anak kecil seusia mereka blurr tentang erti syahid dan perjuangan, ketika remaja seusia mereka sedang sibuk lagi menyibukkan diri dalam urusan dunia. sangat tersentuh.
Untuk terus cakna mengenai isu Palestin ini boleh mengikutinya di facebook Aqsa Syarif & blog Aman Palestin
*iklan sat. ada sesiapa berminat dengan al-Quran wanita ini? untuk maklumat lanjut bolehlah pm saya kat facebook page saya. This is preorder, means dalam 2 weeks or a month insyaAllah. :) Available in red, pink, purple & turquoise. pink lagi 7 je.
Bullets know Palestine,
charged thieves that spark to wreck
a shepherd’s simple dream,
a mother’s garden pride,
a father’s living-room chair.
Rubble knows Palestine,
homes where village windows
lament their shattered vision
and exploded bricks lay in a cluster
over unburied bodies
(Old Palestine; taken from ‘A Difficult Place To Be Human’ out Dec 18th 2012)
p/s: true story about the war from Samayya’s tweet about her friend in Gaza
14 comments
sayu melihat anak kecil itu berjuang. mereka yang kuat hatinya.
ReplyDeletepray for Gaza
kita kat sini takut mati, sebab sayang nak tinggal keindahan dunia.
ReplyDeletetapi mereka cintakan mati, sebab rindukan syurga ..
*muhasabah
@محمد رازيق
ReplyDeletesyurga buat mereka. :')
@keri ikhwan
ReplyDeletesejak kecil mereka diajar dan diasuh dengan nilai perjuangan. Allah :')
menitis air mata untuk kesekian kalinya...insya'Allah, Palestine will be free...
ReplyDeleteAllah Allah..usia sekecil mereka sudah kenal erti syahid..usia sekecil itu di malaysia???
ReplyDeletekecil2 lagi dah kuat :')
ReplyDeletetak ada dkat mlaysia
@Sunah Sakura itu janji Allah, insyaAllah :")
ReplyDelete@Nur Zulaikha ibu bapa yg banyak memainkan peranan penting. perlu diterapkan erti perjuangan sejak anak-anak masih kecil. ;)
ReplyDelete@Cik Pensil mereka para mujahid :') pasti kuat dgn pertolongan Allah :)
ReplyDeleteKanak-kanak yang sekecil itupun faham maksud jihad. Jadi saya hairan, mengapa ada ilmuan yang katakan tiada jihad di sana?
ReplyDeleteSeakan-akan apabila ada orang mengacukan senjata, kita buka baju kita dan kita katakan, "Ayuh. Tembaklah kami. Kami memang sukkkkaaaaaa sangat kena tembak ni"
Nice blog :)
ReplyDeletesalam kenal sobat :)
bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....
@iqbalsyarie beruntung mereka di lahirkan di bumi yg penuh jihad dan mujahadah :)
ReplyDelete@Outbound Malang ya insyaAllah
ReplyDeleteYour comment?