Al-hub ba’da az-zawaj
Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) Dah nak habis pun dah sem 4. terasa cepat masa berlalu. tsk. Tak lama lagi saya nak final. Doakan! :)
Sunadokei OST One Litre of Tears
Membaca kisah cinta insan-insan hebat membuatkan kisahnya terinspirasi. Sudah menjadi hobi diri ni adalah membaca. Memang setiap masa kalau boleh nak membaca. Cuma kalau di asrama, memang amat sukar untuk buat hobi yang satu ni dek kesibukan diri. Bila ada masa lapang atau bila balik cuti kat rumah, memang akan tanam azam untuk khatam beberapa buku dekat mini library di rumah. Pencinta buku. Tidur pun, sebelah ada buku -,-
Aku belek lagi novelet tarbiyah karya Ustazah Fatimah Syarha & Dr.Farhan Hadi. Sungguh, banyak ilmu yang dapat aku kutip daripadanya. Yang mana penting, aku catat dalam buku tazkirah. Boleh jadi panduan masa hadapan.
‘Ramai orang memberi definisi cinta tapi susah difahami. Ibnul Qayyim al-Jauziyah dalam bukunya Raudhatul Muhibbin Wanuzhatul Musytaqin memberi kaedah yang mudah. Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab.'
Sebab? Sebab adalah nyawa cinta. Tanpa sebab, matilah cinta. Sebab sembarangan hanya menumbuhkan cinta sembarangan. Cinta abadi memerlukan sebab yang abadi. Tertipulah orang yang menganggap cintanya suci dan abadi tetapi sebabnya pada sesuatu yang tidak abadi.
Saya suka dia sebab...
Sebab dia pandai,
Sebab dia cantik,
Sebab dia hebat.
Bukankah Allah mempunyai segala sebab yang melayakkan Dia menjadi cinta nombor satu? Kalau dia pandai, Allah Maha Pandai. Kalau dia cantik, Allah Maha Cantik. Kalau dia hebat, Allah Maha Hebat. Allah yang menciptakan dia dan semua makhluk yang hebat di dunia ini. Allahlah yang sepatutnya berada dalam carta nombor satu di hati kita.'
‘Kalau cinta boleh lenyap bersama sebab, aku ingin mencintai insan halal kerana Allah. Hanya Allah yang kekal dan abadi. Tak akan lenyap!’ Ekskusif ❤
Aku mula mengerti soal jatuh cinta adalah suatu benda yang besar. Suatu benda yang penting. Perasaan aneh itu kalau tidak dibajai dengan benih iman, dikhuatiri ianya akan tumbuh sebagai ‘pohon cinta’ yang tidak sihat.
‘Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum nikah (al-hub qabla az-zawaj) kerana cara seperti ini dikhuatirkan bahaya dan syubhat’ (Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi)
Bersabarlah dalam menjaga hati. Suatu yang ditahan sebelum halal ni akan menjadi satu keindahan dan kemanisan suatu hari nanti. Hati tempat jatuhnya pandangan Allah. Dan sekarang, saat untuk jatuh cinta dengan ilmu dan persiapkan diri sebelum tiba masa yang telah ditetapkan oleh Allah. Nak memimpin dengan ilmu.
Aku catat beberapa isi penting yang aku kira perlu ambil perhatian. Berkongsi misi dan pengalaman lalu dari seorang insan yang dikagumi
- Membaca sekurang-kurangnya 50 buah buku tentang rumah tangga sebelum bernikah
- Hadir sekurang-kurangnya 5 seminar membina Baitul Muslim sebelum bernikah
- Berkahwin di usia muda 23-24 tahun
- Banyakkan berdoa + berzikir
- Berusaha membina peribadi Muslimah yang terbaik
- Mesti berusaha mengikis keaiban diri satu per satu
- Menambahkan amalan dan akhlak terpuji yang baru setiap hari
- Jadi pelajar terbaik CGPA 3.5 ke atas
Pada aku, jatuh cinta perlukan ilmu. Jatuh cinta benda yang serius. Ini bukan main-main. Bila kamu terjatuh, harus bersiap sedia untuk persiapan masa hadapan. Persiapan ilmu. Ya, ini lebih utama sekarang. Sibukkan bercinta dengan ilmu.
‘Jatuh cinta itu fitrah. Ya, tapi bukan cinta itu sahaja yang fitrah. Benci dan marah juga fitrah. Jika awak benci dan marah, adakah awak akan biarkan ia menguasai hati? Atau awak uruskan ia supaya tidak terbawa-bawa dalam tindakan melulu?’
tanya iman, tanya hati.
Subhanallah, rasa terisi dan terubat dengan ilmu. Memberitahu apa yang tidak tahu. Menjelaskan apa yang kabur. Menambahkan apa yang kurang.
*Usia menginjak dewasa, aku makin segan berbicara perihal cinta. Cinta satu subjek besar dalam juzuk kehidupan.
*Usia menginjak dewasa, aku makin segan berbicara perihal cinta. Cinta satu subjek besar dalam juzuk kehidupan.
Waallahu'alam.
21 comments
suke dgn kata-kata cinta perlu bersebab tu :)
ReplyDeleteDah baca Cinta HIgh Class! Sgt awesome, sgt terisi! :D
ReplyDeletebuku2 Ustazah Fatimah Syarha & Dr.Farhan Hadi semua best2. :D
ReplyDeleteAwak, post awak sangat membantu gelodak jiwa saya. Thanks :')
ReplyDelete@Rapunzeel Cikilolo mengutip ilmu dan berkongsi bersama. moga terisi ^^
ReplyDelete@Yasmin Abdullah betul! mengajar kita bagaimana nak jadi high class! jom jom :D
ReplyDelete@Ika betulll :D dah khatam sume buku diorang hihi tapi novel ustazah fatimah syarha memang agak berat. so kena jana baik baik ^^
ReplyDelete@Anonymous alhamdulillah, sekadar perkongsian bersama ^^ moga terkesan
ReplyDeletecinta ku kerana agamaku..cinta high class is da best...nice entry...:)
ReplyDelete@Anonymous ya betul tu ^^ alhamdulillah rasa terubat sikit hati ^^
ReplyDeletefirst time dengar..=D
ReplyDeletesemoga Allah memberikanku cinta high class...insyaAllah:))
ReplyDeleteinshallah :')
ReplyDeletenice blog. salam perkenalan. do follow mine :)
ReplyDeleteAssalammualaikum, semoga Cinta kerana Dia Sang Pencipta, semoga bernafas kerana rahmat-Nya, subur ukhuwah dengan Izin-Nya, hidup dan mati kerana-Nya dan semoga ilmu untuk di manfaatkan bersama. Nice blog and the someone belongs too.
ReplyDelete@ain soofiyah ;)
ReplyDelete@farah wida Amin, insyaAllah.
ReplyDelete@aida ;)
ReplyDelete@erry edz syukran :)
ReplyDelete@zulninarq waalaikumussalam, insyaALlah & syukran :)
ReplyDeleteInsyaallah ;)
ReplyDeleteYour comment?