Apabila hati tak tulus mengikut jalan yang lurus
Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ =) Alhamdulillah, kita sudah berada dalam fasa ke-2 Ramadhan. Syukur, Allah masih memilih kita untuk meneruskan Ramadhan ini. Takziah kepada keluarga jiran saya yang baru kehilangan salah seorang ahli keluarganya. Beliau dipanggil Ilahi pada bulan yang penuh barakah ini.
(Baca talkin untuk diri ini)
(Baca talkin untuk diri ini)
Kita solat, namun masih tetap melakukan dosa, kita kata cinta pada Dia, dan ingin akur pada setiap perintah-Nya, namun ada yang menghalang, ada yang mengheret kita ke suatu kancah yang kita tidak ingin kita jejak. Kita ingin taat kepada Pencipta kita, kita ingin sebenar-benar cinta kepada Dia, diturutkan hati, seluruh jiwa dan raga ingin diberikan kepada yang Maha Penyayang namun seakan-akan ada hijab yang menghalang.
Ya Allah, kenapa? Kenapa dengan diri kita? Kenapa dengan diri ku sendiri? Kenapa?
Solat seakan tidak menyentuh hati, janji yang pernah kita sama-sama ungkapkan dahulu ibaratnya kita lupa. Ramadhan ini, kita harapkan ada perubahan terhadap diri kita sendiri, namun seringkali usaha itu kadang-kadang terkandas. Ada juga, mengumpat mengata, ada juga dosa yang dilakukan. Benar, syaitan sudah dibelenggu, tiada godaan darinya, tetapi jangan pernah lupa dia sudah berjaya menyemai nafsu.
Kita tahu malah arif, namun kita tetap melakukan kesilapan. Adakah ini tandanya kita tidak ikhlas? Tidak ikhlas dalam mencintai Pencipta kita? Kita sering memohon dalam doa-doa kita,
Tunjukilah kami jalan yang lurus. (al-Fatihah:6)
Apakah hati ini tidak tulus dalam mengikut jalan yang lurus? Ya, saya juga ada dan pernah melakukan kesilapan. Tidak semuanya maha sempurna melainkan Dia, maka jangan memandang saya dengan kesempurnaan. Selagi mana saya bergelar manusia, saya tetap ada salah dan silapnya.
Kita masih kurang mengerti bicara-Nya. Kita sujud, namun hati tidak sujud. Rasa kehambaan tidak ada. Ramai yang solat tetapi tidak berdisiplin, maksiat tetap dilakukan, kesilapan terus-terusan dilakukan. Solat-solat kita sedang bermasalah. Ia hanya menjadi ritual yang tidak membina spiritual.
Banyak bezanya antara solat yang sah dengan solat yang khusyuk. Sama juga seperti haji yang sah dan haji yang mabrur. Solat yang sah tidak berkesan mengubah peribadi hanya solat yang khusyuk mampu memberikan kesan kepada peribadi kerana hanya solat yang khusyuk sahaja mampu menyentuh hati. (Pahrol Muhd Juoi)
Sama-sama kita memperbaiki kualiti solat kita. Insyaallah. Sama-sama kita berdoa agar hati kita mampu tulus dalam mengikut jalan yang lurus.









17 comments
slm ramadhan ye sis!alhamdulillah kerana tenang hati baca n3 ni,byk lagi kesilapan yg perlu diperbaik.Memang syaiatn dah dirantai,tapi hati manusia susah nak dirantai dr leka dan lalai kepada-NYA.
ReplyDeleteserius like;)
ReplyDeleteSTATUS MEMBERSHIP NUFFNANG MR RIGHT DIGUGURKAN
moge kiter dapat baiki diri kiter mnjadi lebih baek dari hari ke hari :)
ReplyDeleteslalu tingkatkan doa..comel umah tu..he kat tumblr kn;)
ReplyDelete@||aLeaSaRa||
ReplyDeleteinsyaallah sama2 berusaha ke arah kebaikan =')
@mr_right
ReplyDeletesyukran =)
@peachippo
ReplyDeleteinsyaallah =)
@diba
ReplyDeletetrue, ambik kat tumblr hehe
masyallah... ^^
ReplyDeletemoga kita sentiasa dituntun hati oleh Allah utk mngikut jlnNya yg lurus..amin
ReplyDeleteThis is very interesting, You're a very skilled blogger. I've joined your feed and look forward to seeking more of your magnificent post. Also, I've shared your website in my social networks!
ReplyDelete@ishiko
ReplyDelete=)
@محمد حذوان بن حميدان
ReplyDeleteinsyaallah ustaz =)
salam,
ReplyDeletenice blog..=)
alhamdulillah berjumpa blog2 yg disukai lagi...
teruskan perjuangan anda!!
@lovemeornot
ReplyDeletewaalaikumsalam~ syukran ;)
terkesan baca this post T_T
ReplyDelete@haikadove
ReplyDeleteinsyaallah sama2 kita terkesan dna berubah =)
Your comment?