Muslimat Talk Part 2: 'I wish I could be like her'
Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)
'Kenapa dah lama tak menulis?' Ramai tanya. so ni jawapannya, sekarang saya tengah berpraktikum 2 bulan, tapi lagi 2 weeks je nak habis. Hari hari saya menghadap anak murid yang super-nakal sampai ustazah ni naik pening. Pray for me ^^ Hari ni saat ni terdetik pulak nak menulis sikit sebabnya rinduuuuu sangat nak menulis, rinduuu sangat nak sharing. Ada yang mintak doodle semua tu, saya mintak maaf sebab saya doodling bila saya free sahaja, and bila free tu dalam satu dua je doodle yang saya sempat lukis. :D
Disebabkan baru-baru ni pada 3 September 2013 (hari jadi saya) dapat suntikan semangat sikit, maka hati pun panggil panggil suruh menulis.
'Seronoknya kalau dapat jadi dia'
'Bestnya kalau aku macam tu'
'I wish my life would be like her'
dan bla bla bla.
Tanpa sedar actually kita tak menghargai kehidupan kita sekarang, kita tak suka dengan apa yang kita dah ada sekarang dan itu tandanya kita belum sepenuhnya bersyukur. I know, kadang-kadang, bila kita admire seseorang tu, kita rasa macam waa bestnya dia macam ni macam ni, aku tak ada pun :( *lepas tu sedih sensorang. Bestnya, dia cantik, dia kaya, dia pandai, dia itu dia ini. Appreciate your life, muslimat :)
Bila kita terima seadanya apa yang kita dapat, kita gembira dan kita bersyukur. Bila kita bersyukur, Allah dah pesan, Dia akan tambah dan tambah lagi. Best kan? Tapi ramai yang memilih untuk jealous dengan kehidupan orang lain dan kacau kehidupan orang tu.
Just ingat satu, bila ketenangan diganggu oleh manusia, itu tandanya Allah tengah pesan, cari ketenangan hanya pada Dia. Dan kepada pengganggu pengganggu ketenangan, kalau masih punya iman, mesti faham kan, Allah tengok dan Allah nilai. Rasa macam tak seronok sesama muslimat nak ada perasaan jealous, dengki, suuzzhon (baca buruk sangka).
As for me, bukan senang jadi orang yang ramai kenal. Sebab? Memang lah, dari pandangan kita seronok atas sebab sebab yang kita nilai sendiri, dan pada pandangan sendiri, satu benda yang kita kena bayar ialah semua orang nak ambil tahu pasal life korang once you're a famous person.
Saya, tak suka update benda personal, melainkan ianya ada ibrah dia sendiri. Sebab saya pun tak berapa nak suka ambil tahu pasal life orang lain selagi life sendiri pun tak terjaga betul-betul. Saya rasa terpanggil untuk menegur ini, sifat dengki dalam diri boleh membusukkan hati, seriously. Jangan hanya pakaian yang kita sahaja baik, pakaian solehah, tapi hati, perangai dan diri masih belum solehah. Sedihnya.
Dan satu lagi, jangannnn sangat kita rasa kita ni lebih dari orang lain. Dah berjubah bertudung labuh lengkap stokin handsock semua, kita rasa kita lah yang paling solehah. Dah join usrah sana sini, kita rasa ilmu kita lebih dari orang lain. Please please.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)
Boleh jadi, orang yang kita ingat tak join usrah tu, or pakai tudung bidang 45 tu lebih baik dari kita yang hari-hari pergi majlis ilmu. Kita tak tahu macam mana dia struggle nak cari ilmu, betapa dia ikhlas menuntut ilmu bila dia dah dapat join majlis ilmu yang sekali-sekala je dapat join, compare dengan yang hari-hari dapat pengisian, keikhlasan teruji kan. Siapa pun kita, please reflect diri.
Apa yang kita ada syukuri, apa yang kita tak ada tu jangan ditangisi. Semua orang ada baik buruk, kelemahan dan kelebihan masing-masing kan. So hargai kehidupan masing-masing. Nak bagi tips sikit macam mana kita nak kekal husnuzhon (baca baik sangka) dengan ketetapan Allah. Rahsianya ialah fikir positif. Apa apa yg Allah bagi positif je. Dapat ujian, redha, alhamdulillah, Allah nak tingkatkan lagi taqwa dan sabar, dapat nikmat, syukur alhamdulillah Allah bagi apa yang kita nak, and tak dijangka. Allah berada pada sangkaan kita, baik yg kita fikir, maka outputnya baik jugak. InsyaAllah.
Kepada mereka yang terus support saya, Alhamdulillah semoga Allah memberkati kehidupan kalian dan saya doakan agar awak-awak semua dipermudahkan urusan untuk menjadi yang lebih baik di masa hadapan. Saya sayang semua muslimat. Sakitnya muslimat lain adalah sebahagian dari sakitnya saya. :) Itu adalah perasaan yang saya alami, even kita tak pernah kenal, feeling ukhuwah fillah tu tetap kuat dalam hati. Semoga kita semua dipertemukan di Jannah-Nya. InsyaAllah :)
Jaga diri, jaga iman. Allah sayang kamu. :) Waallahu'alam.
p/s: seriously rinduuuuu sangat nak blogging and doodling, hari ni saya terrajin nak doodle. Hope ada manfaatnya ^^
16 comments
selamat ulang tahun akak:D
ReplyDeletehope tak terlambat ..w/pun dah berhari2 lalu . heee.
hurm.actually apa yg akak tulis tu ada benarnya kan :D harap saya dapat perbaiki diri. dan terus tabah menjalani kehidupan. amin ..
@hanisah madzlan
ReplyDeletesyukran ^^ insyaAllah hopefully ;)
Hepi belated bday..bday kite same la..hehe
ReplyDeletehappy belated birthday, kak :)
ReplyDeletelama saya tunggu kakak update
thanks for sharing
selamat kembali..jemput singgah ke blog :)
ReplyDelete@~HambaMU~
ReplyDeletesyukran sanah helwah jugak ye ^^
@Anis Hayati
ReplyDeletethank you for waiting ^^ baru dapat curik masa sikit nak update :D alhamdulillah, syukran.
@Nur Zulaikha
ReplyDeletesyukran & insyaAllah :)
assalamualaikum akak, sy suke entry ne, terase diri sndiri ditegur dgn penuh hikmah. sy mohon share ye. tq sangatx2 :)
ReplyDeletesenah helwah..bagus la entry kali ni
ReplyDeletesalam kak farah. saya nak tanya, bagaimana nak menegur ibu kita sendiri utk sentiasa bersangka baik.
ReplyDeleteLumrah hati manusia, sentiasa mengeluh dgn nikmat sedikit yg dimiliki dan mencemburui nikmat kehidupan org lain.
Ia berlaku bila Ibu saya dalam proses utk buat reunion dgn sahabat2 sekolah. Ibu cakap, semua sahabat kerja yg bagus2, hidup snang. Nak dibandingkan dgn status dirinya hidup sbg suri rumah, Ibu sy menyesal tidak bekerja,
Saya sudah habis ayat nak menenangkan Ibu saya. Mohon pencerahan Ukhti :)
Salam
ReplyDeleteEntry yang menyentuh hati dan jiwa saya sebab kehidupan saya yang diuji dengan perasaan cemburu dan hasad dengki orang terhadap saya..rasa lebih tenang dan semangat dengan entry sis. moga saya lebih positif..amin
http://dandandiri.blogspot.com/
good
ReplyDeleteSalam.. sy nak share blh ye :)
ReplyDeleteSalam saya nak share boleh..
ReplyDeleteSalam saya nak share boleh..
ReplyDeleteYour comment?