Pujukan Nabi buat Daie
Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. :)
Sekitar tahun 2008, masa dalam tingkatan lima, kira-kira 5 tahun dulu aku start blogging. ya, sekitar PRU12. eh. dan sehingga 2013, 5 tahun sudah aku sebagai blogger. Ni kira warm up balik la kiranya dah sekitar dalam lima puluh enam hari tak berbelog konon-buatbuat-sibuk.
Dalam tempoh 5 tahun tu, aku tak cakap sebagai blogger tak ada cabarannya. nope. bukan sekadar blogger yang cuma menaip apa yang aku buat hari ini, apa yang aku makan hari ini. sebab objektif aku menulis yang pertama ialah nak motivate diri aku sendiri. and kalau ada yang mana baik ambiklah ibrahnya. Sebab aku sendiri masih dalam proses belajar dan belajar. Sebagai seorang pelajar dah tentu banyak lah silapnya, take note.
![]() |
perbezaan satu kelengkapan |
Dan aku banyak berjumpa dengan golongan-golongan yang mengharapkan aku sebagai maksum. yang tak ada dosa walhal aku juga manusia, bukan separuh manusia, separuh malaikat. tak. Sebagai hamba Allah, aku kerap diuji. Diuji sebagai manusia, diuji sebagai pencinta, diuji sebagai sahabat.
Senyap. Aku rasa itu yang terbaik.
Ada sampai satu tahap tu aku dah give up. Aku dah penat dengan kehidupan yang kita sendiri sedang cuba susun baik-baik tiba-tiba datang manusia nak menggoyahkan. banyak kali. Dan dalam banyak kali tu jugaklah aku pujuk dengan kisah sirah Rasulullah dan para sahabat yang kerap kali diuji dengan dakwah yang tak diterima.
Usaha pembukaan Kota Konstantinople juga berkali-kali. Sehingga Allah memilih Muhammad al-Fateh. Ya, aku cuma insan biasa dengan cita-cita yang luar biasa menyahut seru Baginda untuk menjadi al-Fateh zaman ini :') come on, hati.
Nabi memujuk, "Seorang mukmin yang bergaul dengan masyarakat dan sabar dengan kepedihan dan kepayahan yang ditimbulkan oleh masyarakatnya, adalah lebih besar ganjarannya daripada mukmin yang tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak sabar atas kepedihan, kepayahan dan kejahatan masyarakat" (Hadis riwayat Bukhari, Tirmizi dan Ahmad, sahih)
Allah. Pembacaan aku pada satu petang tu benar-benar membuatkan aku rasa sangat terpanggil untuk berjuang balik. Dah berapa lama aku tinggal? Dah berapa ramai yang aku biarkan? Susah la nak melangkah sebagai manusia kalau setiap apa yang kita nak buat tu mengharapkan kepuasan hati semua pihak. Ada yang suka kita, ada yang tak suka kita. It's normal.
Tapi, dalam mengharungi setiap kepayahan tu, Allah jualah yang bukakan jalan untuk setiap satunya. :) Dalam tempoh 5 tahun sebagai blogger, banyak kenangan manis yang Allah pinjamkan. Berpeluang menulis dalam majalah, pernah mendapat jemputan ke sana-sini (even sangat susah nak penuhi sebab terikat dengan jadual sebagai pelajar), dapat kawan-kawan baru, dapat tajamkan lagi skill penulisan. macam-macam yang aku belajar.
Kalau sesiapa yang pernah mengikuti perkembangan penulisan aku dari zaman aku muda-muda dulu mungkin tahu betapa proses penulisan aku turut menghadapi kematangan juga. seiring dengan pengalaman yang aku dapat. Aku percaya satu, kalau kita betul-betul berniat nak jadi baik, Allah akan hantarkan ramai kawan-kawan baik untuk berkawan dengan kita. Allah akan bentangkan bermacam-macam jalan kebaikan di hadapan kita so that kita dapat memperbaiki proses kehidupan. Dan kalau ketenangan kita tu diganggu manusia, Allah dah bagi tanda suruh cari ketenangan hanya pada Dia. Dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang kan. so just KEEP CALM :)
insyaAllah ada masa, nak sambung sikit banyak post yang berbulan-bulan tergendala. so, I'm back! :)
Sanah helwah, blog ❤ Wallahu'alam :)
p/s: democracy died.
17 comments
dah lama tak singgah sini.terasa terpanggil pulak.syukran akak.it's a motivation :')
ReplyDeletedunia ini memang banyak dugaan..
ReplyDelete@erma nazillah afwan dear ^^
ReplyDelete@Izzah Azizah dunia bukan tempat berehat :) tampat ujian, di syurga kelak tempat utk berehat2 bagi orang Mukmin :) pujuk hati ^^
ReplyDeleteukhti, saya terkedu bila baca post ni, then saya terfikir 'ada juga orang yang dapat rasa benda yang sama dengan apa yang saya rasa'. diam. lama saya fikir. selama ni, saya suka menyendiri sebab dah fed up nak puaskan hati semua orang. tapi, bila baca ni, rasa macam baru sedar dari mimpi :)
ReplyDeleteSetelah lama menunggu new post. Akhirnya.
ReplyDeleteTatkala pelbagai rasa mengusik hati, di mana persimpangan jalan menuntut untuk menjadi pilihan hati yang akan menentukan kehidupan hakiki.
ReplyDeleteHati resah tidak berpenghujung, menghalau kecewa tidak tidak mengalah menjeruk rasa dan ketika hati kehausan dan dahaga mencari jalan cinta yang sebenar.
Bukan mudah, pengorbanan satu kewajipan, air mata sebagai peneman, senyuman pahit pengubat rasa, senyuman manis di bawa angin.
Tiap tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan ( yang sebenar benarnya ). Dan kepada Kamilah kamu di kembalikan. ~ ( al - Anbiyaa' : 35 )
@Najwa Amira Matlan
ReplyDeleteAllah, berkongsi rasa sebenarnya ^^ insyaAllah sama2 teruskan berjuang walaupun pahit selalu ada ;)
@Nabilah Zulkiffli
ReplyDeleteheee akhirnya :) finally terupdate jugak.
alhamdulillah.. dapat mmberi motivasi..hehe
ReplyDeletetime free jemput la melawat blog muslimahqawiy ek..
Semoga tabah menghadapi hari2 yg mendatang..
ReplyDeleteBtw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too :)
insanbiasabiasa.blogspot.com
sentiasa menantikan entry2 terbaru enti :D
ReplyDeleteterime kasih kak.. bru trase dh x nk blogging sbb yg sme..;)
ReplyDelete@Man Ana
ReplyDeletesyukran & insyaAllah :)
@Teena Tna
ReplyDeletesyukran & insyaAllah :)
@Nur Zulaikha
ReplyDeleteAllah, syukran kerana sudi menunggu :')
@ain soofiyah
ReplyDeletepesan pada diri, don't ever give up :)
Your comment?