Allah sayang kamu ❤
Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)
Bila Waktu Telah Berakhir Instrumental by Opick
***
Firman Allah s.w.t (surah al-Baqarah ayat 165)Maksudnya: “Ada di antara manusia, orang yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta kepada Allah.”
Selepas terawih itu, aku menanti satu panggilan, katanya ada hal penting. Kalau tidak penting, biasanya jarang berhubung. Begitulah, kena sentiasa berhati-hati menjaga hati.
Soalan pertama terlontar, kemudian kedua dan ketiga. Bagai diinterview, menjawab satu per satu. Tazkirah bulanan katanya. Perlu diingatkan tentang tujuan dan agar tidak lari fokus. Tidak mahu menjadikan perhubungan sebagai satu yang sia-sia, bukan semata-mata untuk kedua-duanya tapi redha Allah itu penting dalam setiap perkara. Satu soalan terlontar.
‘Kalau, kita tidak ditakdirkan bersama, bagaimana?’ satu soalan yang membuat aku terdiam. Sesungguhnya, soalan ‘kalau’ itu mengganggu. Lama.
‘Adakah satu saat nanti, jika tidak ditakdirkan bersama, ibadah kamu merudum?’ Aku menghela nafas. Memikirkan kalau-kalau soalan ‘kalau’ itu bakal terjadi.
‘Ada kamu atau tidak, sama sahaja. Sebelum adanya kamu, ia telah pun ada. Apabila kamu ada, ianya masih berjalan lancar dan andainya Allah ingin menarik kamu kembali, ianya tetap di situ dan tetap ada.’ Aku menjawab.
‘Ada kamu atau tidak, sama sahaja. Sebelum adanya kamu, ia telah pun ada. Apabila kamu ada, ianya masih berjalan lancar dan andainya Allah ingin menarik kamu kembali, ianya tetap di situ dan tetap ada.’ Aku menjawab.
Masing-masing menjana setiap bait.
'Ini, nak cerita iman para sahabat dulu ni. Ada sorang sahabat masa tu baru je kawen. Masa malam pertama tu, dah dapat seruan jihad. Apa dia cakap? Adakah dia cakap, 'Nanti lepas habis peperangan ni, kanda balik ye?' atau dia tak pergi pun berperang? tak, dia cakap, 'Kita akan bertemu di syurga nanti.' Dah set awal-awal nak syahid even baru je kawen masa tu.
'Ini, nak cerita iman para sahabat dulu ni. Ada sorang sahabat masa tu baru je kawen. Masa malam pertama tu, dah dapat seruan jihad. Apa dia cakap? Adakah dia cakap, 'Nanti lepas habis peperangan ni, kanda balik ye?' atau dia tak pergi pun berperang? tak, dia cakap, 'Kita akan bertemu di syurga nanti.' Dah set awal-awal nak syahid even baru je kawen masa tu.
Kenapa ana selalu cakap Allah sayang kamu? Di samping tertunasnya perasaan sayang sesama manusia itu, dahulukan kasih sayang Allah terlebih dahulu. Kasih sayang Allah itu sangat meluas. Baca kalimah bismillahirrahmanirrahim, itu pun kalau dihayati sebenar-benarnya mampu untuk membuatkan kamu menangis. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Wahai hamba Allah, Akulah Tuhanmu yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Wahai hamba Allah, Akulah Tuhanmu yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Wahai hamba Allah, Akulah Tuhanmu yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Cukup dengan kalimah itu hati akan menjadi sebak, apatah lagi ayat-ayat cinta Allah yang lain dalam al-Quran. Kalau pun kita tidak akan ditakdirkan bersama, Allah itu punya perancangan yang lebih hebat dari kita. Enti dapat sesuatu dan ana pun dapat sesuatu.
Sebab itu ana tak bertanya, macam mana cinta kita, rindu ke pada ana. Tidak. Apa yang ana tanya ialah bagaimana iman kamu, bagaimana ibadah kamu. Untuk apa sesuatu perhubungan itu kalau ianya semakin menurun kualiti ibadahnya, semakin jauh kita dari Allah.
Ana tidak text kamu 24 jam sebab kita ada Allah. Urusan yang lebih besar. Enti bersiap sedia untuk dimadukan, diduakan, ditigakan hatta diempatkan, boleh?’
‘Dimadukan dengan perjuangan.’ Aku menyambung.
‘Ya, kalau dengan wanita lain, itu tidaklah, yang sorang pun tak mampu berjaga.’ Ketawa. Berhikmah.
Diingatkan dan mengingatkan. Sebak. Allah jua yang Maha Mengetahui apa yang terbaik. :’)
***
Betapa teruknya kita pada masa lalu, dan apabila kita ingin kembali ke pangkal jalan, kembalilah kerana Allah sayang kamu.
Betapa hebatnya penderitaan yang kita pernah lalui sekarang atau dahulu, ingatlah cuma satu Allah sayang kamu.
Betapa berdosanya kamu suatu masa dulu dan kamu fikir bagaikan tiada peluang untuk bertaubat, ingatlah bahawa Allah sayang kamu.
Bagaimana hebatnya ujian yang kamu dapat dan tidak pernah selesai, ingatlah Allah sayang kamu. Berapa kali pun kamu terjatuh, tersungkur, terjerat dalam jalan samudera kehidupan ini, ingatlah Allah sayang kamu.
Betapa besarnya pengertian ALLAH SAYANG KAMU itu. Jangan pernah berputus asa dari rahmat Allah, meskipun kamu pernah berdosa setinggi gunung Everest pun, keampunan Allah itu Maha Luas. Allah Maha Pengampun. Jangan lupa tanam niat untuk bertaubat dengan taubatan nasuha (taubat sebenar-benarnya) dan polish balik diri kamu, reborn balik.
Betapa banyaknya bukti yang menunjukkan Allah sayang kamu. Nikmat dunia, udara, air, makanan, keluarga, sanak-saudara, pasangan, perasaan kasih sayang, Allah... terlalu banyak untuk disebut dan dihitung.
Baca surah ar-Rahman dan al-Waqiah, pasti akan melonjakkan keinginan untuk mendapatkan syurga.
Jaga diri, jaga Iman, Allah sayang kamu. :”)
Firman Allah s.w.t (surah Ali Imran ayat 15) Maksudnya: “Katakanlah: “Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga isteri-isteri yang suci bersih, serta keredaan dari Allah”. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya.”
Waallahu'alam.
12 comments
ana tu anda kew?
ReplyDeleteactually kurg phm perkaitannya..
btw...moga kita sama2 kuat bermuahadah di jalannya
meraih cintaNYA
menjadi syurga dunia n akhirat
^^
dr.farah...sy mmg selalu tggu entry anda..sgt bgus...sy tersentuh selalu..dan terima kasih ats perkongsian peringatan bersama**btw,, nama kita sama:)
ReplyDeleteteruskan berjuang..semoga anda selalu tenang dan sabar dlm berjuang.
mohon share ea doktor:)
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeleteerr lebih kurang lah kot :')
@celikmatahati
ReplyDeleteinsyaAllah ^^ & syukran yep.
@celikmatahati
ReplyDeleteboleh je :)
nice entry.. syukran atas perkongsian..moga Allah berikan kita kekuatan dlm mujahadah ke jalan-Nya.. :)
ReplyDeletesuke artikel ni :)
ReplyDelete@sea_lavender
ReplyDeleteinsyaAllah ^^
@sofeafaudzi.photography
ReplyDeletesyukran ^^ all praises to HIM
mnyentuh hati..=d
ReplyDeletesalam akak mohon utk copy sbagai inspirasi dan motivasi huhu. harap dapat jumpa akak satu hari nanti , insyaAllah :)
ReplyDeleteYour comment?