Kalau saya lelaki
Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers.
***
Kalau saya lelaki, saya akan rasa risau sangat sebab akan selalu ter-tengok aurat perempuan. Mana-mana pergi je mesti akan ternampak. Bukan saya tak tahu kalau tertengok aurat wanita ni berdosa apatah lagi saje-saje nak tengok. Pergi jalan-jalan je nampak, bukak TV je nampak, kat social network pun sama. Aduh, susahnya. Betul kata kawan saya, kena kuat iman.
Kalau saya lelaki, saya akan risau sangat sebab tanggungjawab saya besar. Tanggungjawab kepada ibu bapa, adik beradik, nanti bila dah kawen isteri dan anak-anak. Saya akan rasa bersalah kalau saya tak ajar mereka tentang aurat kerana itu adalah kewajipan saya. Kalau mereka dedah aurat saya yang berdosa. Seorang perempuan yang tidak menutup aurat akan menarik 4 golongan lelaki, ayahnya, suaminya, abang-abangnya dan anak-anak lelakinya ke dalam neraka :O
Kalau saya lelaki saya patut tahu tanggungjawab saya pada Islam amat besar. Betapa saya akan mengagumi para syabab (pemuda) pada zaman dahulu saat Islam dijulang tinggi. Siapa tak mahu jadi seperti Sultan Muhammad al-Fateh yang menakluk kota Konstantinople masa usianya 21 tahun. Siapa tak kenal pada keberanian Saidina Ali karamallahuwajhah yang menggantikan tempat tidur Baginda s.a.w saat kaum musyrikin memburunya. Hebat, saya ingin jadi macam tu.
Kalau saya lelaki, saya patut tahu bahawa hidup ini bukan angan-angan. Tak perlu sibuk lagi dengan cinta yang belum halal. Saya perlu tahu tanggungjawab pada pelajaran buat masa ni lebih penting dari membazir wang ringgit yang datangnya dari ibu dan ayah saya sendiri. Saya patut tahu kaum lelaki bertindak sebagai pelindung dan bukan merosakkan kaum wanita yang lemah. Bagaimana saya menjaganya? Bukan dengan cara mengajak para wanita berkepit bersama saya 24 jam tetapi dengan kerap kali mengingatkan wanita yang selalu bengkok. Saya kena selalu ambil perhatian bagaimana adik-adik perempuan saya, kakak-kakak saya.
Tapi, saya perempuan yang mana tanggungjawab perempuan jauh lebih sukar. Aurat kena sentiasa saya jaga. Tutup aurat supaya selamat. ^__^ Supaya masing-masing dapat menundukkan pandangan. Bukankah Allah sudah berfirman?
“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. (An nur : 30)
Jom sama-sama jaga pandangan. Saling berusaha kepada yang lebih baik. Waallahu'alam. :)
25 comments
kalaulah saya perempuan... err
ReplyDeleteLelaki ramai, tapi tak ramai yang betul2 lelaki. dengan kata lain terlupa tugas sebenar seorang lelaki. Dan tidak menjalani hidup dengan ciri2 seorang lelaki. walaupun fizikalnya seorang lelaki macho yang berotot kental. perlu definisi semula takrif lelaki dalam kamus kehidupan mereka.
BETAPA besarnya tanggungjawab kami :)
ReplyDeletefuhh~nsib baik sy perempuan
ReplyDeleteTakbik spring dengan semue entry akk . The best :)
ReplyDelete@keri ikhwan
ReplyDeleteactually kedua2 nya prmpuan and lelaki tanggungjawabnya sama berat :) kan. prmpuan ada tugasnya, lelaki pun macam tu jugak
@Aliff Haikal
ReplyDeletear-rijalil qowwamu 'ala nnisa' ;)
@Raden
ReplyDeleteprmpuan pun banyak tnggungjawab jugak :))
@Budak cadburry
ReplyDeletesyukran dear :)
lelaki perempuan sama berat tangungjawap nya..=)
ReplyDelete@merahitujambu
ReplyDeleteyup true :)
Alhamdulillah... Sungguh besar tanggungjawab kita mahluk ALLAH ni kan ?? Semoga kita semua didalam lindunganNYA.. amin..
ReplyDelete**Done follow Dr... ngeee
@CikUna
ReplyDeleteaah. lagi2 sbgai khalifah Allah, hambaNya :') terlalu bnyk tggungjawab kita pada Tuhan
assalamualaikum...
ReplyDeletelelaki ke wanita ke,kt atas muka bumi ni sgt besar tanggungjawabnya sebagai khalifah...
kan =)
dear..awk gune font ap ye...sies cantek lar..n nice word 2...idea sndiri ek...:D
ReplyDelete@Yuyu Zulaikha
ReplyDeletewaaalaikumsalam, yup very true :) stiap hambaNya ada tggungjawab yg amat besar kepada Tuhannya sendiri :)
@Anonymous
ReplyDelete"The Only Exception" yg satu lagi sy lupe -,- syukran dear :)
subhanallah....bersyukurlah.....!
ReplyDelete@Trica Jus
ReplyDeletesyukurlah kerana Allah memilih kita utk mengimarahkan dunia :')
salam..dr.cinta..np xley bukak daa belog badamkt..dr.cinta writer kat belog 2 jugak an....
ReplyDeletealhamdulillah. sentiasa bersyukur allah jadikan kita perempuan walaupun kita ade banyak tanggungjawab. :)
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeleteblog tu dah kena hacked :(
@Ika true :)
ReplyDeleteMasing-masing ada tanggungjawab tersendiri kan, lelaki ke, perempuan ke :)
ReplyDelete@NadyaBubble
ReplyDeletetrue, masing2 ada tggungjawab yg besar :)
salam, boleh tak saya nak tau hadis atau firman allah tentang penyataan "4 orang golongan lelaki yang bertanggungjawab terdahap perempuan" tu. TERIMA KASIH.
ReplyDeleteYour comment?