Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ =) Kita sering merasakan bahawa apa yang kita mahukan dalam kehidupan sering tidak Allah makbulkan. Sedangkan, kita yakin bahawa Allah itu Maha Mendengar dan malu untuk menolak permintaan hamba-hambaNya. Semestinya, kita harus memahami satu perkara;
Apabila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu
Firman Allah maksudnya: " Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."(al-Baqarah:186)
Apabila Dia lambat memakbulkan doamu, Dia ingin mengujimu
Menurut al-Khatabi: "Jika Allah tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan atau menggantikannya dengan pahala."
Menurut hukama: "Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon, atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari Kiamat."
Apabila Dia tidak memakbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu
Firman Allah maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216)
Kita harus benar-benar memahami tentang perancangan Allah.....
***
Saya tersentuh di saat membaca artikel Jangan Merajuk Sayang by blog Bayyinat. Terkadang kita merajuk sebagai tanda protes. Entah kepada siapa. Tapi cukup untuk meluahkan perasaan ketidakpuashatian. Pada Allah mungkin. Serba-serbi kekurangan diri sukar untuk kita terima. Segala musibah dan ujian lansung kita pandang negatif walhal terselit seribu hikmah yang tidak terduga. Kita cenderung untuk berfikiran negatif dari berfikiran positif.
Bila kita fikir, Allah tak makbulkan doa kita, cepat-cepat kita merajuk. Cepat-cepat kita berpaling tadah, sedangkan kita punya secebis kepercayaan kepada Dia sebagai penyusun takdir. Kita terlupa, kita hanyalah seorang hamba yang sememangnya layak diuji. Apa yang kita pandang baik tidak semestinya terbaik buat diri kita, apa yang kita pandang buruk tidak semestinya terburuk buat diri kita. Kita tahu hakikat ini tapi sukar untuk kita yakini.
Yakinlah dengan hikmah Allah. Yakinlah dengan semua janji-janjiNya. Yakinlah Dia sebagai penyusun takdir yang terbaik. Jangan merajuk wahai hamba-hamba Allah. Kita sememangnya layak diuji!
Waallahu'alam~
60 comments
yupp sy setuju sgt2
ReplyDeleteartikel y membina jiwa.. =)
ReplyDeleteamek preskripsi ubat kt cni ;)
ReplyDeletexperlah..ader hikmah disebalik aper yg terjadi tu..
ReplyDeletedr.cinta, boleh tak sy nak kongsi kartun tuh dekat blog sy jugak? nt sy creditkan to dr.cinta.. boleh ??
ReplyDeletemenarik post ni..
betul tu~
ReplyDeletekita sebagai hamba perlu redha atas segala-galanya. setiap apa yg berlaku pasti itu yg terbaik buat kita.
Allah itu Maha Mengetahui :)
insya'Allah... HE will always by our side...! kita tak perlu bersedih.... "jangan kata kamu sudah beriman,sedangkan kamu belum diuji lagi"
ReplyDeletedoa lambat dimakbulakan juga suatu ujian yer... sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar...
:-)))
oohhh.. rupanya dari sinilah traffik yang banyak2 ini :)
ReplyDeleteboleh saya amik lukisan ini untuk letak dekat blog saya?
ReplyDeleteSuatu ketika hati2 yang merajuk dengan Tuhan itu pasti sedar rajuknya itu tidak memberi apa2 kebaikan kepada diri sendiri. Semoga hati2 yg merajuk itu cepat2 kembali kepada yang selayaknya kita cinta, Allah~
ReplyDeletesuka entri ni :)
Jika pompuan tu suke kat laki tuu atas sbb laki tu baek..nape xmintak kawen jeee dgn cara2 yg betol..try 1st, then u will know..u are searching for the pious one, so dont let him go..jgn hanya tunggu laki je yg mulekan kalo dia btol2 baek..pandangan =)
ReplyDeletekalo pompuan tu suke kat laki tu atas sbb laki tu baek..nape xmintak kawen je dgn cara2 yg btol..try 1st, then u will know..u r searching for the pious one, so dont let him go if u really trust him to lead u to the truth..pandangan =)
ReplyDelete@Fiqah Piqah Nicka
ReplyDelete=) Allah sayangkan kita~
@Srikandi Bonda
ReplyDeletesyukran~ =)
@eyjalukman
ReplyDeletesemoga sembuh! ^___^
@apik pehe
ReplyDelete1000 hikmah, terlalu bnyak yg sukar utk kita tafsir
@ciknamr
ReplyDeleteboleh sangat2~ ^___^
@Atika Aula
ReplyDeletekita sememangnya layak diuji~
@alif ibnu daud
ReplyDeletevery true~ kita hanyalah hamba Allah yang layak diuji~
@iqbalsyarie
ReplyDeleteartikel belog akhi bnyk yg bermanfaat, so, kena spread~ ^___^
@♥nurulizzatie♥
ReplyDeleteboleh2, silakan~ =)
@Salfiza
ReplyDeleterajuk jangan berpangjangan~ ^___^ bila kita sedar hikmah yang terlalu bnyk terselit di sebalik satu2 kejadian, maka kita akan berusaha utk menjadi hamba Allah yang soleh~
dan bersyukur =)
@Tukang Cat
ReplyDeletecdngan yang baik~ tapi kadang2 malu perempuan ni melebih sikit~ ^___^
tapi kalau seseorang perempuan tu mmg nekad, who knows? =)
Saya masih doakan dia. Saya masih menjaga hati dengan berhati hati walau dia takkan tahu kaka :')
ReplyDeleteKerana saya percaya suatu hati andai benar ada jodoh itu,
dia akan tahu juga.
Tapi mungkin juga dia takkan tahu sampai selamanya.
Takpe kan kakak, kalau saya teruskan berdoa dan menyimpan rasa hati baik baik?
Walau dia takkan tahu.
Takpe kan?
:')
saya perlukan treatment ni doc.. :)
ReplyDeletelebih baik kawin dulu kan baru bercinta hehehehe..bab majuk2 ni susah nk cakap
ReplyDeleteSalam Dr Cinta.
ReplyDeleteSaya silent reader awak. Tapi ari nih saya ade review pasal blog awak. sila jenguk yer?
@Aimi Syahirah :)
ReplyDeletekadang2 memendam perasaan itu lebih indah & itu adalah pilihan terbaik~
simpanlah baik2 perasaan itu, dengan harapan perasaan itu akan menggerakkan kita kepada cinta-Nya dan jangan biarkan rajuk berpanjangan =')
@blog-tips-kurus
ReplyDeleteinsyaallah~ ^___^
@Kumbang Jingga
ReplyDeleteitulah cinta sebaiknya. =)
@EimaruSi|ence™
ReplyDeletesyukran jazilan atas review tu~ ^___^
jangan maluuuu..ini ada contoh pada zaman nabi..biar malu siket..asal ada keberkatan..hehe =)
ReplyDelete@Tukang Cat
ReplyDelete=) Siti Khadijah~
perasaan perlu dikorbankan, sometimes, bila kita tahu dia sudah ditakdirkan utk orang lain. Mungkin.
mungkin, datang jodoh yang lain~
Wah, sy dah jatoh hati dah pada blog Dr. Cinta ! =D
ReplyDeleteemm..best entri ni..
ReplyDeletesuke tgok gmbr2 tu..
smoga tabah hadapi semuanya..brcakap soal hati mmg susah..berserah segalanya kpd Allah..:)
@Misz-sakura
ReplyDeletewaah terharunya saya~ ^___^ syukran!
@nadhirah
ReplyDeleteinsyaallah~ =) itu pasti~
awk sy nak copy cartoon awk..t sy bg backlink ok =)
ReplyDeletenak bercinta hanya selepas kawin
ReplyDelete@Hidaya Sarbini
ReplyDeleteokey, silakan ^___^
@OreO HitaM
ReplyDeleteitulah yg terbaek ^__^
nice artikel....mmg ssuai dgn keadaan jiwa yg prh skrg ne..tp, alhamdulillah..suke-suki org tu dlm diam pn, takla smpy kecewa dgn Allah. Nauzubillahminzalik...Dia lebih tahu apa yg trbaik utk hambaNya. :)
ReplyDeletesebagai hamba Allah, selalulah bersangka baik pada Allah.. kdg2 bila Allah cepat makbulkan permintaan hambaNya boleh jadi Allah benci dngr suara hamba Nya, kdg2 bila lambat dimakbulkan sebab Allah suka mendengar rintihan dan doa hmbaNya itu.
ReplyDeletedr.cinta..bole x sy nk hare ni kt blog sy???
ReplyDelete@Atiqa Salam
ReplyDeleteDIA Maha mengetahui segala sesuatu~ ^__^
@Nur Fannun
ReplyDeletebukan bermaksud Allah benci, tak, Allah sentiasa menyayangi hamba-hamba-Nya cuma kita sering terlupa. Barangkali itu tanda Allah sayang bila doa kita cepat dimakbulkan. =)
@iqah @ ano @ faiqah
ReplyDeleteboleh je silakan ^__^
kadang2 saya fikir Allah xsayangkan saya kalau Dia xmakbulkan doa.tapi lepas muhasabah diri balik, betapa berdosanya saya berfikiran camtu. Lepas baca entry ni, saya jadi tenang.tq dr cinta ^__^
ReplyDelete"jangan kata kamu sudah beriman,sedangkan kamu belum diuji lagi"
@{she-who-must-not-be-named}
ReplyDeleteAllah sntiasa sygkan hamba-hamba-Nya. jangan berputus asa dari rahmat-Nya~ =)
izinkan saya berkongsi firman2 Allah s.w.t itu. :)
ReplyDeleteYa Allah.. entri ini sangat bermkna Dr ! ;)
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeletesilakan~ =)
@sepahit gula
ReplyDeletesyukran dear =)
insya allah .. DIA akan tunaikan doa hmbaNya yg betol2 ikhlas dekat ngn DIA .
ReplyDeleteentry yg sgt BEST . suke :)
@syida syidah
ReplyDeleteinsyaallah semoga kita semakin kuat pergantungan antara kita dengan Allah =D
cite kartun tuh..hampir sama mcm cite saya... tp susahnya nak dapat balik cinta allah yg sebenar-benarNya... rasa sedih... ='(
ReplyDeleteakak, sy baru je discover sal blog akak, dri pukul 11 tadi sy dah baca lebih 5 entry dri blog akak. entry nie hampir buat sy menangis. sy sdg ada masalah, sy x dpt apa yg sy nak, sy x yakin Allah sudi bantu sy masa nie, namun alhamdullilah, sy sedar sy salah. terima kasih sbb share somethg yg boleh pujuk hati sy yg merajuk nie
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeletehakikatnya, itulah yg selalu semua org rasa. mencintai ALlah tu payah. mmg pun. mujahadah itu mmg payah sebab syurga tu indah di sna. :)
berusaha & terus bermujahadah. itulah perkara yg wajar kita buat! Chaiyok! ;)
@zubect
ReplyDeletewaahh TY awak! :') ada masa mmg kita rasa ALlah tu unfair. but believe me, ada sst yg lebih baik Allah akan gantikan next time. cuma pengetahua kita ni bersifat terbatas maka kita tidak tahu. yakinlah pada Allah dan bersangka baiklah kepada Nya kerana Allah itu seperti apa yg kita sangkakan. waallahualam :)
Sy copy gambar ye :)
ReplyDeleteYour comment?