Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ =)
Terjah (Monolog seorang daie' #1: Perempuan itu)
Terkadang kita tidak sedar kita punya banyak gelodak emosi dalam diri; bertentangan dan kemudian rapuh. Bila terjatuh, tiada yang membangunkan, bila terlebih overjoyed tiada yang mengingatkan. Semuanya kembali kepada diri bagaimana kita bajai seluruh iman, bukan setakat lihat dan rasa; tapi fokus kepada penghayatannya...
Terjah (Monolog seorang daie' #1: Perempuan itu)
Terkadang kita tidak sedar kita punya banyak gelodak emosi dalam diri; bertentangan dan kemudian rapuh. Bila terjatuh, tiada yang membangunkan, bila terlebih overjoyed tiada yang mengingatkan. Semuanya kembali kepada diri bagaimana kita bajai seluruh iman, bukan setakat lihat dan rasa; tapi fokus kepada penghayatannya...
***
![]() |
[Apresiasi] bermuram durja |
-I-
Tahajudnya. Tekak terasa perit. Ubun-ubunnya dibasahi dengan air wudhu’.
Tahajudnya telah selesai ditunaikan. Tanda dia berjaya bangkit dari pembaringan. Usai menunaikannya, dia menadah tangan minta dia didengari oleh DIA. Meneruskan perjuangan hati tentang konflik diri. Mencari ketenangan hati. Menghuraikan ketegangan jiwa.
“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah dengan hanya mengingati Allah akan menjadi tenteram.” (ar-Ra’d: 28)
Menghitung-hitung dosa yang menggunung tinggi. Mahukah DIA menerima dirinya yang terpalit dengan dosa dan noda?
Dosa datang dari nafsu. Nafsu terdorong oleh kehendak diri yang dibimbing syaitan. Semakin lama ia dibajai. Tumbuh dan meninggi. Semakin kuat nafsu merantai hati-hati mereka yang kesamaran iman.
-II-
Subuhnya, dia berdoa kepada DIA. Mohon dilancarkan segala urusan. Dipermudahkan menerima ilmu. Minta diluruskan jalan yang bengkok selama hayatnya.
Dia ke kuliah seperti biasa. Ada mata yang memandangnya. Dia gelisah. Bagaimana dia tidak resah andai ada yang sedang ingin bermain cinta dengannya? sedangkan dia sedang memburu cinta hakiki? Pandangan mata sukar untuk diawasi. Dari kerana mata yang bisa membunuh diri. Dia berlagak tenang seperti dia tidak perasan kan apa-apa.
Namun, dia tidak bisa menipu diri, cinta itu sedang memanipulasikan dirinya. Dia juga hanya insan biasa yang punya satu cinta anugerah Tuhan. DIA mahu melihat bagaimana manusia mengawalnya.
-III-
Zohornya, dia berjalan meniti satu perjalanan terik. Mengandaikan panas mentari di negeri akhirat sana. Apatah satu jengkal di atas kepala. Sudah resah dia mendengarkannya, terik dunia dia sudah tidak tahan apatah lagi terik di sana. Amal ibadat dirasakan amat penting tika itu.
Dia terpandang lelaki soleh. Menanggalkan kasutnya masuk ke dalam surau. Hati terdetik, seorang soleh seperti insan itu bukanlah seorang yang layak untuk dirinya. Dia berdoa kepada Allah, minta agar lelaki soleh itu dilindungi seluruhnya. Tanda cinta, mungkin.
Dia mentadabbur al-Quran.
“ Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka”( Surah An-Nur : ayat 30,31)
Istighfar. Apakah erti tahajudnya di sepertiga malam tadi? Satu noda hati sudah terpalit di hatinya dek kerana mengingati insan yang tidak selayaknya. Dia menangis sendiri. Dia paling takutkan zina hati yang tidak mampu dia hindari dan sedari.
-IV-
Asarnya, redup petang itu turut membawa keredupan dalam hatinya. Amanah kerjanya, dia jadi lupa. Baru sebentar tadi dia berjanji dia akan menyegerakan kerjanya. Namun, mana mungkin dia mampu menyiapkannya dengan tenang.
Hati sedang sakit.
Hati sedang parah.
Hati sedang leka.
Entah berapa kali dia ke sana ke mari. Dia jadi canggung dengan diri sendiri. Sekejap dia rasakan dirinya seperti malaikat yang mampu beribadah kepada Allah tanpa jemu, sekejap lagi dia sendiri di sisi syaitan, mengikut telunjuknya, mengikut kata hatinya.
Apa pilihan yang dia punya? Seorang lelaki yang memandangnya tadi mengajaknya keluar malam itu.
Ya, pasti saja, penolakan itu sewajarnya. Tapi, kenapa hati dia tidak sepenuhnya menolak?
Dia sedar kini. Dia punya dua sisi. Sebelah yang baik, sebelah yang kurang baik.
![]() |
[Apresiasi] Sisi baik & buruk |
-V-
Maghribnya, dia memanjangkan doa. Mohon dilindungi dirinya. Dia tahu dia sedang melakukan satu perubahan positif sebagai hamba-Nya. Berniat untuk menjadi hamba yang soleh. Berniat untuk mengubah diri dari dosa lampau. Dia sedar tidak banyak masa yang dia habiskan bersama-Nya. Rugi. Ada sedikit anjakan paradigma. Yang dia rasa. Yang orang lain rasa. Yang dia lihat. Yang orang lain lihat.
Rasa dan lihat. Sahaja. Bagaimana pula penghayatan?
Belum. Belum mampu sepenuhnya mencapai iman yang sihat dengan peribadi yang solehah. Dia rasa dia masih gagal. Ujian yang DIA beri, dia rasa dia sedang gagal melaluinya. Jangan lalai lagi. Jangan terpaksa menangis lagi. Jangan ulangi lagi.
Dia sedang sugul kerana memikirkan dua wataknya, dua personalitinya dan dua peribadinya.
![]() |
[Apresiasi] 2 watak |
Penglihatan orang lain, zahirnya, dia kelihatan sungguh sempurna. Perubahan. Batinnya? Allah tahu dia menderita. Sugul kerana dua wajah iman. Iman turun dan naik.
Sekejap dia beriman, sekejap dia berdosa.
Sekejap dia menuju jalan ke syurga, sekejap dia menuju jalan ke neraka.
Sekejap malaikat Rakib menulis amal baiknya, sekejap lagi malaikat Atid menulis amal buruknya.
Berselang seli. Antara kejahatan dan kebaikan. Antara dosa dan pahala.
-VI-
Isya’nya, ada insan menagih janjinya. Tanya sama hati, tentu jawapannya ya. Tanya sama iman, jawapannya tidak. Apa dia tegar mengkhianati teman-temannya yang sudah banyak memberi nasihat tentang ikhtilat? Apa dia sanggup keluar hanya berdua dengan insan itu? Kerana dia tahu ada yang ketiga.
Nafsu di kiri, iman di kanan.
Sebuah perjuangan emosi, menegakkan misi mencari sebuah solusi untuk ketenangan mindanya.
Baru tadi dia berdoa agar dia dilindungi oleh-Nya.
Pilihan terletak padanya. Menjadi bidadari di syurgawi atau hanya menjadi kupu-kupu malam.
Mengikut kata hatinya atau mengikut kata imannya.
Apa dia yakin cinta yang ditawarkan lelaki itu? Niatnya juga sudah tidak enak didengari. Apakah dia terlupa peraturan Allah.
Berperang. Bukan dengan senjata tapi dengan hati.
Dia duduk kejap di birai katil. Nombor didail.
‘Maafkan saya, saya tak sanggup mengkhianati Islam’
Dia memperjuangkan sebuah agama bukan cinta. Lewat itu dia berada di persimpangan dilema. Memilih untuk menjadi dirinya yang kini jauh lebih baik dari dulu, atau kembali menjadi dirinya yang dulu yang jahil mengenal hukum.
![]() |
[Apresiasi] Menuntut pilihan antara keduanya |
Dua wajah, dua emosi, dua perasaan, dua cinta, dua peribadi, dua prinsip. Itu menuntut pilihan. Jika kamu berfikir kamu sudah cukup kuat, ternyata jawapannya tidak. Kamu masih belum kuat. Kerana nafsu itu sukakan yang enak-enak sahaja sebab itu maksiat dilihat lazat. Kerana berperang dengan nafsu itu lebih menjadi keutamaan diri. Kawal nafsu sangat payah. Semakin dilayan semakin meninggi. Semakin dimanja, semakin minta dibelai. Waspada. Kemungkinan kita punya dua wajah. Dua personaliti.
"...Sesungguhnya hawa nafsu itu sangat membawa pada kejahatan " (Yusuf: 53)
Luarannya, manusia melihat kamu bahagia menjadi seorang hamba Allah tapi mungkin di dalamnya, kamu tersepit di antara keinginan diri dan peraturan Allah.
"Kita baru saja kembali dari jihad kecil menuju jihad yang besar. Para sahabat bertanya, "Apa jihad besar itu?, Nabi SAW menjawab, "Jihaad al-qalbi (jihad hati).' Di dalam riwayat lain disebutkan jihaad al-nafs". (lihat Kanz al-'Ummaal, juz 4/616; Hasyiyyah al-Baajuriy, juz 2/265)
Berjaga-jaga menjaga hati. Jangan bajai nafsu. Biarkan nafsu mutma’innah yang mengawalmu.
Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”
p/s: Manusia sentiasa punya dua sisi; kebaikan dan kejahatan.
p/s/s: tempe goreng rangup & ice cream manggo as dessert. yummy =)
12 comments
heheheh..doktor..lamanya x jumpa doktor..
ReplyDeleteseronok sya baca entry mcm cerpen neh..
[personality disorder] lagi teruk..huhu
mama...
ReplyDeletei think u should publish book...
start from now....
hasil jualan boleh masuk duit KELAS...
hahaha...
one day u should 'ceramah' time liqa' an nisa' mahupun kazoku umum.
X yah abis duit invite org luar...hehe
u can write and why not practise to speak what had you wrote? (^_^)
-sorry for broken eng..hehe-
@afuan shah
ReplyDeleteeh bile kita jumpa?^__^
syukran ya akhi sebab sudi ziarah n reading~ =)
@Saya
ReplyDeletekak lang, i'm planing on that~ ^___^ moga Allah izinkan, nanti komisen berape percent eah nak serah kat duet kelas (ceh berangan) T__T
memang susah untuk melawan nafsu..
ReplyDeletealhamdulillah..rasa lebih lega selepas membaca entry ni. syukran...
:)
terbuai-buai rasanya bila baca monolog ni :)
ReplyDeleteehem,akak kalau kita nak mintak akak lukiskan gambar macam kat header akak tu boleh ?
@ayesyaazreena
ReplyDeletetaw tak pe; kadang2 kita rasa dah cukup baik kadang2 rasa macam jahat huhu~ tak taw mana side yang kita sebelah sbenarnya, nak tegakkan prinsip kadang2 terjatuh jugak T____T
nice entry..
ReplyDeletesmoga kte mjauhi zina krana ia trglong dlm klangan dosa2 yg bsar..
dan smoga Allah brikan ptunjuk dan tringin sgt brubah utk mmdptkan cintaNya yg hakiki..
huhu
@Dr.Hati
ReplyDeletesyukran ya! boleh tapi akk tak pandai sangat hehe~ maen redah je lukis ni pun~ ^___^
@mye
ReplyDeletesyukran; tapi macam susah kan sebba keliling kita, suasana kita tak membenarkan kita mnjaga diri sebaik2nya~ -___-
assalam,
ReplyDeleteizinkan saya re-blog entri ini di blog saya..boleh?
@Anonymous
ReplyDeleteboleh je :)
Your comment?