akhlakamar makruf nahi mungkarCerpeniktibarKisah Nabikisah teladanmahmudahpengajaransahabatsirahtazkirah
Menolak satu kejahatan dengan kebaikan
Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ =) Tajuk telah menerangkan segalanya bukan? Saya mulakan dengan kisah ini dahulu.
![]() |
[Apresiasi] |
***
Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta. Hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya dia selalu berkata, "Wahai saudaraku janganlah kamu dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya."
Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.
Setelah kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar Radhiallahu Anhu (RA) berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?"
Aisyah menjawab pertayaan ayahnya, "Wahai ayahanda, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja."
"Apakah itu?", tanya Abu Bakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana," kata Aisyah.
Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Beliau mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapkan nasi, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?"
Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," jawab si pengemis buta itu.
"Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkan aku tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut," pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya. Beliau menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Beliau adalah Muhammad Rasulullah SAW."
Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar RA, dia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya dan memfitnahnya. Dia tidak pernah memarahiku walau sedikit pun, malah dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia begitu mulia.."
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah dihadapan Abu Bakar RA.
***
Menolak satu kejahatan dengan kebaikan. Bukan mudah untuk melakukan ini. Bukan mudah untuk kita menolak satu kejahatan dengan kebaikan. Tak semua orang boleh buat baik dekat orang yang dah buat jahat dekat kita. Bukan semua orang boleh melupakan kesalahan semudah itu sahaja; tapi bila kita bergantung kepada Allah, sandarkan everything TO HIM, insyaallah, semua benda yang kita anggap negative akan menjadi positive. Semua benda yang kita rasakan susah akan dipermudahkan.
Dengan syarat; kuatkan pergantungan kepada Allah, semaikan benih-benih cinta kepada DIA, insyaallah DIA akan mempermudahkan segala-galanya buat kita. =)
![]() |
[Apresiasi] |
p/s: berpegang pada ajaran Islam yang begitu indah, insyaallah semua akan menjadi mudah apabila kita merasa payah. =D
9 comments
terima kasih. Entry ini sgt memberi peringatan dan kesedaran kpd saya :)
ReplyDeleteteruskan menulis ya. saya suka baca blog saudari =)
Insya-Allah... boleh kita boleh..
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeletethanx ya~ =)
@Anak Seni Waja
ReplyDeletekita mampu sebenarnya~ =)
pernah dengar cerita ini, tapi ingat-ingat lupa..
ReplyDeletethanks dr.Cinta,
@exsapphire
ReplyDeleteafwan back~ =)
saya ambil satu gambar dalam entry ni, untuk entry di blog saya. harap tak kisah :D
ReplyDelete@Maryam
ReplyDeleteowh ambik je, ^___^
Bismillah
ReplyDeleteminta dong referensi haditnya
(matan dan sanadnya)
jazakallah khoir
Your comment?