Projek Mini Public Usrah
Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and the Most Merciful. Salam to all readers :)
Ya rabbi, almost 4 months kita menyepi :P ya, saya masih ada, masih wujud ;) Dalam masa 4 bulan ni, suami dah macam macam cara pujuk suruh update. Last update masa lepas nikah :P so agak awkward nak menulis balik. I'm so sorry kalau buat awak-awak tertunggu tunggu post kita sebab sekarang kita in final year, so baanyak sangat benda yang kita buat-buat busy ;)
Alhamdulillah, hidup makin best Allah susun. Bila dah hidup berdua, macam macam yang saya dapat dari zawj. Banyak yang kita tak berani nak buat, tapi dia yakinkan. Ada benda yang kita rasa macam mustahil nak buat, tapi dia bagi sokongan. Alhamdulillah, pernikahan yang makin menguatkan kami. So, matlamat kami, biarlah pernikahan kami ni bagi benefit kepada masyarakat sekeliling. Boleh baca pasal Baitul Harakah dekat sini. Tak banyak pun yang saya fikir boleh buat, tapi sikit-sikit pun jadilah kan dari tak ada?
Ada satu benda yang kita terfikir. Dan ramai orang tanya kat saya.
'Akak, ada tak buat Usrah dekat mana-mana, kita nak join boleh?'
'Akak ada buat usrah online tak?'
Tapi, hampa, sebab saya terpaksa kata 'TAK ADA' sebab saya tak dapat nak tolong mereka-mereka yang mencari di mana USRAH. Mereka-mereka yang tak pernah rasai macam mana suasana usrah, mereka-mereka yang tak tahu usrah tu ape, pasal apa, and so on. The other side, saya rasa bersalah sangat, sebab saya sendiri dah pernah mengikuti sistem usrah since High School.
Sebab tu Allah hantarkan zawj sebagai peneman hidup, untuk bagi sokongan, untuk yakinkan saya, supaya saya boleh bantu semampu mungkin buat mereka yang tak pernah langsung rasa usrah tu apa. :) So, ni antara program yang kami berdua susun bersama untuk jadi manusia yang bermanfaat buat semua. Saya tak reti sangat pun :P tapi insyaAllah dapat kongsi yang mana saya tahu. Ni antara projek/program kedua bersama masyarakat luar yang kami susun. Pertama, kalau still ingat, Projek Tudung Labuh x Dr.CintaPunyeBelog dan insyaAllah yang ni, akan jadi program kami bersama; 'Bulatan Gembira x Dr.CintaPunyeBelog'
Antara rukun-rukun Usrah yang semua orang dah tahu ni,
- Ta'ruf (berkenalan)
- Tafahum (bersefahaman)
- Takaful (bantu-membantu)
“ Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai ” (Surah al Imran, ayat 103 )
Konsep yang kami buat ni, Usrah Online yang mana kami gunakan medium whatsapp untuk perbincangan. Alhamdulillah, kumpulan usrah kami dah ada dalam 25 orang muslimat. Saya kumpulkan mereka mereka yang tak pernah rasa suasana usrah tu, yang tak pernah join, dekat instagram saya, diorang dropkan number dan saya pilih secara rawak.
Biasa kita tahu kan, usrah online ni mostly macam student overseas gitu atas faktor duduk jauh-jauh. Nanti, kami akan berkumpul bila cuti-cuti dan duduk sama-sama buat usrah. Based in KL/Selangor, sebab senang nanti nak jumpa, insyaAllah :)
Sekurang-kurangnya, ada medium usrah buat mereka yang tak pernah rasa usrah tu macam mana kan :') Tarbiyah ada 3 unsur, tilawah, ta'lim dan tazkiyah. Usrah Online ni just ada tilawah dan ta'lim. tazkiyah tu dalam bentuk teguran, belaian, and benda ni susah nak dibuat hanya dengan online. Boleh rujuk post ni untuk maklumat lanjut. InsyaAllah, Mini Public Usrah akan menyusul. Bila dan kat mana tu, still dalam perancangan. Doakan!
Hopefully, dengan izin Allah, apa yang kami susun ni berjalan lancar, insyaAllah. Moga Allah bantu. Jaga diri, jaga iman. Allah sayang kamu :)
** sape sape nak baca pasal usrah, rupa-rupanya kita pernah tulis dulu, doodle pun mak aih zaman bilalah tu :P punyalah pelupa, klik:
@Bingkisan untuk para daie 3: saranghaeyo
6 comments
Boleh tak nk tanya masalah cinta?
ReplyDeleteSlm doc.cmne nk join usrah on9? :-)
ReplyDeletenice post :)) Follow my blog http://azukipurple.blogspot.com/ thanks you
ReplyDeleteSalam cinta.
ReplyDeleteMinta dr add dlm g usrah whatsapp. Ni no sy. 0128247388. Ana, mariani
Ya Allah bestnya usrah on9,walaupun sekolah saya dah ada usrah still rasa tak cukup sebab dahagakan ilmu,,nak join :,)
ReplyDeleteuntung ada orang tukang push ;-) apa-apa pun nice sharing!~
ReplyDeleteYour comment?