Muslimat Talk: Baitul Harakah
Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)
namun, waktu berlalu dan apabila tanpa sedar ada sesuatu yang mematangkan aku. aku tak perlukan kebahagiaan untuk spend ribuan atau jutaan wang untuk majlis yang cuma sehari, sewajarnya aku spend more untuk hari-hari selepasnya, sewaktu melayari bahtera perkahwinan.
Aku tahu, most of perempuan mahukan kenangan indah pada majlis pernikahan mereka, nak kan sweet moments pada hari bahagia mereka. dan dengan itu kami rancak mahukan itu dan ini untuk memastikan momen-momen cinta itu indah.
seperkara yang aku sedar ialah; perkahwinan bukan semata menyatukan dua insan yang menyayangi antara satu sama lain, menghalalkan apa yang sebelumnya haram, boleh bergurau senda dan duduk bersama dengan pasangan, ianya lebih dari itu.
Baitul muslim merupakan satu wasilah dalam penyebaran dakwah, hidup saling melengkapi untuk Agama, juga sebagai wasilah untuk menambahkan kecintaan kepada Allah. And the most important is, baitul muslim bukan sekadar baitul muslim. Ada tingkat lebih tinggi yang aku ingin capai, baitul harakah, di mana sesebuah keluarga itu saling bantu-membantu dalam kerja dakwah Islamiyah.
Yusuf al-Qardhawi pun menggariskan marhalah yang perlu dilalui untuk mengamalkan syariat Islam secara penuh hingga membentuk kepada satu pemerintahan Islam iaitu: (so for those yang belum tahu boleh take note)
1. Mengislah diri sendiri atau membentuk individu Muslim (Fardun Muslim)
2. Membentuk rumahtangga Islam (Takwin Baitul Muslim)
3. Membentuk masyarakat yang memahami Islam (Takwin Mujtama’ Islam)
4. Mendirikan daulah Islamiah
5. Akhirnya mewujudkan kembali Khilafah Islamiah
"Justeru. bukanlah aktiviti berdua bersama pasangan yang harus menjadi impian baitul muslim anda sebenarnya. Tidak salah anda merancang untuk beribadah bersama-sama, hidupkan malam bersama-sama, baca al-Quran bersama-sama, namun persoalannya, sejauh mana tindakan itu memberikan kesan kepada masyarakat sedangkan matlamat baitul muslim seharusnya selari dengan maratibul amal untuk melahirkan sebuah masyarakat islam?""Baitul Muslim impian ana adalah kami sama-sama sibuk mengendalikan program bukan sahaja di peringkat nasional, negeri dan kawasan, bahkan untuk kawasan kejiranan kami. Ana mahu adakan usrah untuk jiran tetangga. Pada sebelah Maghrib, ana mahu adakan kelas bacaan Quran percuma untuk anak-anak jiran. Jika ana dan zaujah sibuk dengan urusan Jemaah di luar kawasan, kami akan jadikan laman rumah kami untuk kelas tersebut dan mencari guru al-Quran yang terbaik agar anak-anak di taman kami celik al-Quran
Ana juga berhasrat untuk menjadi orang kuat Masjid di taman kami dan menghidupkan program-program mendekatkan masjid dengan ahli masyarakat di taman dengan aktif. Ana mahu menganjurkan program anak muda seperti pertandingan bola di padang yang bersebelahan rumah agar dapat menyantuni generasi muda dengan akhlak rasul. Ana juga mahu menghidupkan cawangan jemaah di taman ana dan seterusnya menjadi sebuah taman perumahan yang subur dengan program program Islam. Hasilnya, seluruh penduduk taman bersatu atas dasar akidah Islam dan bila tiba masanya mengundi, semuanya akan keluar mengundi sebuah kerajaan Islam di Malaysia ini berkat kefahaman mendalam mereka." [sumber]
Allah, cukup indah bila kita dapat bertemu dengan muslimin yang memahami semua ini. Dapat saling melengkapi dengan apa adanya; kelebihan dan kekurangan,dapat saling berbakti untuk Islam. Dapat menyumbangkan sesuatu buat ummah. itu definisi cinta sebenarnya, saling menguatkan dalam Agama :')
14 comments
Setuju dengan akak. Time kecik memang suka berangan nak kahwin. Bila dah matang sikit baru tahu perkahwinan untuk lebih penting pada persediaan diri menghadapi hari selepasnya.
ReplyDeleteSuka ayat Dr. Farhan
'Sebelum mencari yang menjadi, biar diri menjadi'
hehe
Smg Allah permudahkan urusan dunia akak :)
noted dr! :)
ReplyDelete@CikWardah ^^
ReplyDelete@shahirah ar yup, kita tahu nak kawen je, tapi persediaan ilmu still kurang :'( Allah. this is tanggungjawab bukan seronok2 :")
ReplyDeleteSangat teruja baca niy. Semoga Rakyat Malaysia berfikiran luas mcm ini. :)
ReplyDeletethanks for sharing, kak
ReplyDeleteapa yg akak ckpkn tu betul :))
@Nur Dzafirah insyaAllah. :)
ReplyDelete@Anis Hayati sharing apa yg akak baru tahu ^^ wc
ReplyDeleteassalammualaikum dr.cinta.. boleh bantu saya :) saya amat mermelukan pertolongan n pandangan dari dr.cinta...
ReplyDeleteassalammualaikum dr.cinta... boleh bantu saya? saya amat memerlukan pertolongan n pendapat dari dr.cinta...
ReplyDeletesalam ziarah..
ReplyDeletefirstime jejak kaki ke sini n saje menambahkan follower anda yg wow..ramainye!!...huhu..
setuju2 :) haha..saya baru je bernikah 2bulan lepas..alhamdulillah,majlis sederhana...baju 1 je,itulah baju kahwen n baju nikah..same baju..mula2,nak baju banyak,nafsu ni macam2 nak,tapi pk2 semula,buat ape..yang penting,akad nikahnye..haha..xelok membazir time majlis kahwen..takot timbul riak dan menunjuk2 nanti..
ReplyDeleteby the way,saya da lama ikuti blog awak..semuanya bagus2 dan dakwah awak berkesan dan berhikmah..sila la lawat blog saya..baru je buat blog..b4 ni bisnes2 handmade dolls je:)
http://balqisjasni.blogspot.com/
ini link ke blog kiszydolls shop:
http://balqyys.blogspot.com
salam berkenalan :)
Salam.
ReplyDeleteJust wondering. How can you consider yourself as a Dr.Cinta? Ni first time masuk blog ni. Hihi
doctor... kenapa apabila kite mencintai seorang lelaki ini tetapi apabila kita sudah tidak menyintainya dan ingin melupakan nya tetapi sangat susah..Kite juga berasa malu apabila untuk berhadap denggannya walaupun kita sudah tidak mencintainya ....Apakah cara untuk melupakannya
ReplyDeleteYour comment?