Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah the Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ =) Cepat atau lambat jodoh insyaallah bertemu jua. Cuma jarak masa yang tidak diketahui. Bukan terlalu awal atau apa, tetapi mempersiapkan diri dengan ilmu serta pengetahuan itu penting. Siapa pun dia yang bakal menemani kita seluruh hidup, terimalah dia seadanya kerana dia hanyalah insan akhir zaman yang punya secebis harapan untuk membahagiakan kamu.
Pernikahan atau perkahwinan,
membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu
Tidaklah semulia Muhammad s.a.w
Tidaklah setakwa Ibrahim
pun tidak setabah Ayyub
atau pun segagah Musa
apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita
membangun keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan
mengajar kita kewajipan bersama
Suami menjadi pelindung
kamu penghuninya
suami adalah nakhoda kapal
kamu pelayarnya
suami bagaikan balita yang nakal
kamu adalah penuntun kenakalannya
saat suami menjadi raja
kamu nikmati anggur singgahsananya
seketika suami menjadi bisa
kamulah penawarnya ubatnya
seandainya suami berkata-kata yang lancang
sabarlah memperingatkannya...
Pernikahan atau perkahwinan
mengajarkan kita perlunya iman dan takwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t
kerana memiliki suami yang tidak segagah mana
justeru kamu akan tersentak daripada alpa
kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
juga bukan Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman
yang berusaha menjadi solehah
Sejenak. Anda dan juga mungkin saya bakal ditemukan jodoh suatu hari nanti. Walau siapa pun dia, terimalah dia seadanya. Sedikit perkongsian dari saya yang kepenatan meround satu KL shopping pashmina~ ZzZzz Selamat malam~
p/s: Boleh pergi terjah tumblr saya. CLICK HERE~
p/s: Boleh pergi terjah tumblr saya. CLICK HERE~






3 comments
Salam..hmm, mmg indah menikmati cinta halal. cz tak ada apa yg terbatas. Kalau cinta terlarang, ini tak boleh, itu tak boleh. ye idak?..:)
ReplyDeleteShopping pashmina? phewwit!..byk tak dpt?..haha..;p
leh share ngan sy..;)
@Bintun Sazali
ReplyDeletevery true~ =)
aah round KL shopping pashmina, meuhehe, banyak tak banyak, entahlah~ =D
hihi ....
ReplyDeletesedang menanti saat cinta halal tu muahhahaha...
pashmina jln tar byk...kat mega mall pun santek2 mcm2 ada......hehe...(ak pon bru bli)mmuahahaa..
Your comment?