Alangkah peliknya kita
Salam to all readers~ =)
Kita hidup di muka bumi yang dipinjam Allah ni terkadang eh bukan, selalu sangat kita kufur dengan nikmat DIA. Nikmat Allah telah disalahgunakan. Kita menjadi semakin pelik bila dapat semua tu, tak percaya? Cuba muhasabah balik.
Pelik ya, duit RM 50 nampak macam besar bila kita nak derma dekat masjid tapi macam kecik je bila kita shopping dekat Mydin, Jusco ke, Midvalley ke, tak pon Alamanda kan?
Pelik ya, 30 minit rasa macam lama gila if kita gunakan untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu tu bila kita tengok cerita kat TV.
Pelik ya, tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat dah rasa jemu tapi tak pernah puas pulak dengar lagu Siti Nur Haliza berulang-ulang kali kan?
Pelik ya, dengar iklan jualan murah dekat TV rasa tak sabar-sabar nak pergi shopping tapi bila dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel TV kan tak pon sibuk lagi lepak minum dengan geng kamcing.
Pelik ya, pasar malam jauh sanggup pergi ngan kereta tapi masjid dekat dengan rumah rasa berat kaki pulak ye dak?
Pelik ya, susah betul nak merangkai kata memanjatkan doa atau solat tapi senangnya cari topik nak bersembang dengan kawan-kawan tak pon sibuk ayat awek kat tepi-tepi jalan.
Pelik ya, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak atau nyanyian jadi favourite kita tapi bosan betul la bila imam solat terawih bulan Ramadhan dah lah baca panjang dan lama pulak tu.
Pelik ya, rasa susah sangat nak habiskan al-Quran even satu halaman pun, tapi majalah Mangga, URTV, novel-novel yang tebal tu sanggup kita khatam kan?
Pelik ya, ramai orang nak dapat 'saf' depan masa tengok konsert Yuna or masa nak tengok bola pasukan favorite kita tapi kita sibuk nak duduk saf belakang masa solat berjemaah sebab senang lah nak keluar nanti kan?
Pelik ya, susah betul nak ajak orang sebarkan dakwah tapi senang je orang sebarkan gosip dan fitnah yang dah tak berapa betul tu.
Pelik ya, kita percaya je dengan sebaran emel yang dilayangkan di internet yang belum benar kesahihannya tapi kita sering pertikaikan apa yang terkandung dalam al-Quran.
p/s: Pelik kan kita ni? Kita sibuk lalai dengan dunia, akhirat kita abaikan. Ingat, Allah mencintai kita dengan diberinya segala NIKMAT tapi kenapa kita membalasnya dengan cara membuat MAKSIAT. Istighfar. Kita sudah kufur nikmat.





12 comments
tu laa, semua pasal dunia kita suka.,
ReplyDeletesemua pasal dunia kita utama kan..
tp sekarang ni semua ni tak macam pelik dah sebab ianya dah macam jadi kebiasaan..yang buat sebaliknya tu orang akan pandang pelik =.="
-Nur Areefah
@Nur Areefah
ReplyDeletebetul, if wat bende yang betul pon rase macam alien je kan?
padahal benda yang salah diagung-agungkan budayanya, sampai kadang2 kita pula rasa eh betul ke aku buat2 ni padahal memang betul dari segi ISlam.
good entry :)
ReplyDeletehati tak bersih,maka fungsinya on dah tak sama :(
ReplyDelete@Haura Malina
ReplyDeletemekaseh ya =D
@iqbalsyarie
ReplyDeleteyap, memang betol tu~ =)
benda baek takmahu buad, berat jee hati, kalau benda tak baik memang laju gila
ReplyDeletenew entri xD :
TIPS MENGENAL PASANGAN ANDA
Dr...
ReplyDeleteBetui, betui betui...
Analisis yg betul.
Muhasabah diriku
@.aira.
ReplyDeleteitulah manusia yang banyak salah silap kan?
@MUNSYI ragbar
ReplyDelete=')
Jika kita cintaNya lebih daripada segala-galanya tak kan jadi macam tu kan =)
ReplyDelete@noor afzan
ReplyDeleteyap, true! tapi dah jadi kecintaan manusia utk lebihkan duniawi drpd ukhrawi, sehingga kita sndiri tak mmpu nak bezakan siapa yang lebih mencintai kita sebenarnya~
Your comment?