Bacaan dalam surah al-Fatihah (Kita sedang berkomunikasi dengan Allah)
Salam to all readers =) Selamat pagi semua =) Hari ni dr nak berkongsi satu maklumat yang telah dr baca.
Setiap kali kita bersolat, mestilah kita baca al-Fatihah kan. Kalau tak baca solat dia batal sebab membaca al-fatihah merupakan salah satu rukun2 solat. Sebenarnya kita sebagai hamba Allah sedang berkomunikasi dengan-Nya. Inilah antara dialog dengan dua hala antara hamba-Nya dengan al-Khalik. Rasulullah s.a.w bersabda : " Aku bahagikan solat antaraku dan hamba-Ku kepada separuh, dab bagi hamba-Ku yang dipintanya... "
(Ini tafsir surah al-Fatihah)
Hamba: Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
Khalik: Hamba-Ku telah mengingati-Ku
Hamba: Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Khalik: Hamba-Ku telah memuji-Ku
Hamba: Yang menguasai pada hari pembalasan
Khalik: Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku
Hamba: Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan
Khalik: Hamba-Ku telah memuliakan-Ku
Hamba: Tunjukilah kami jalan yang lurus
Khalik: Ayat ini antara aku dan Hamba-Ku dan hamba-Ku berhak atas apa yang ia minta
Hamba: (iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Khalik: Ini semua untuk hamba-Ku dan hamba-Ku berhak atas apa yang dia minta.
Subhanallah~ =)




0 comments
Your comment?